Thursday, 12 September 2013

IDENTITI SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI KANAN KASTAM DIKENALPASTI!

-PIHAK BERWAJIB SEHARUSNYA MEMBERI PERHATIAN KHUSUS DALAM MENYELESAIKAN KES BERPROFIL TINGGI MELIBATKAN PENJAWAT AM BERPANGKAT BESAR KERANA BUKAN SAJA IA MEMBERI PERSPEKTIF NEGATIF KEPADA TAHAP KESELAMATAN RAKYAT NAMUN SECARA TIDAK LANGSUNG, MEMPERSOALKAN KEMAMPUAN PIHAK POLIS DALAM PENGURUSAN MENGAWAL KETENTERAMAN & KESELAMATAN AWAM SEKIRANYA BERLAKU KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI!-


Ingat lagi kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) di Putrajaya pada 26 April lalu.

Ia mengemparkan negara kerana membabitkan pembunuhan pegawai tinggi kerajaan apatah lagi dalam suasana kempun PRU13.

 Shaharuddin Ibrahim .
Polis yang menyiasat kejadian tersebut hari ini menegaskan mereka sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes bunuh itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, pada 8.15 pagi. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®