Friday, 16 August 2013

VIDEO: PUNCA KENA BELASAH DALAM LIF KERANA ANAK TAK NAK IKUT "DADDY"!

-VIDEO RAKAMAN TEMUBUAL DENGAN MANGSA YANG MENJADI BELASAHAN SUAMINYA YANG DIRAKAM OLEH CCTV DALAM LIF TEMPOH HARI!-

Semalam kita dah baca kenyataan isteri yang menjadi mangsa dibelasah suaminya dalam lif tempoh hari.

Si suami juga sudahpun diberkas.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.

“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya.

Sementara itu, lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

“Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

“Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang.

Jom kita lihat pula rakaman video oleh Harian Metro dalam temubual tersebut.
(sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®