Sunday, 25 August 2013

VIDEO: PENYAMUN DICAMPAK MELALUI TINGKAP!

-KANTOI HABIS! BUKAN JER GAGAL MEROMPAK TAPI SALAH SEORANG DARI PEROMPAK TU "DICAMPAK" KELUAR DARI TINGKAP! KEKEKE!!!-

Gagal merompak satu hal, digagalkan pula dengan cara yang amat memalukan satu hal lain.

Inilah yang berlaku di Brazil terhadap seorang penyamun malang.

Dalam kejadian yang direkodkan ini, penyamun pertama memasuki sebuah kiosk untuk mencuri sementara penyamun kedua menunggu di luar di atas motosikal.

Mengikut perancangan mereka, sebaik sahaja rompakan berjaya maka penyamun pertama akan bergegas keluar lalu beredar secepat mungkin dengan rakannya itu.

Tapi apa yang berlaku, penyamun pertama ‘dikeluarkan’ dari kiosk tersebut dengan cara dilempar melalui tingkap dan ini mengejutkan rakan yang sedang menunggu di luar hingga dia terus memecut laju motosikalnya.

Kalau lepas itu masih tak insaf dan tetap gigih hendak menyamun, tak tahulah nak cakap apa. (sumber



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®