Thursday, 15 August 2013

VIDEO: PENGAKUAN TUKANG SEMBELIH KOMUNIS!

-PENGAKUAN ANWAR CONGO (BUKAN ANWAR YANG SATU LAGI TU YER) MENGENAI PENGALAMANNYA MENJADI "AL-GOJO" KEPADA LEBIH DARI 1,000 ORANG KOMUNIS! KEKEKE!!!-

Lelaki kurus berkulit gelap itu melangkah perlahan menaiki tangga ke lantai bumbung bangunan yang pernah jadi tempat operasinya menyembelih orang — mereka yang dipercayai anggota atau pendokong Parti Komunis Indonesia (PKI).

Di lantai atas itu, dia bercerita dengan terperinci cara bagaimana dia menghabiskan nyawa mereka.

Dia tidak ingat berapa orang yang sudah dia bunuh kerana dia sendiri tidak pernah mengira mereka tetapi angkanya mungkin cecah seribu orang.

“Saya peragakan boleh, kan?” tanya lelaki itu.

Dia kemudian menunjukkan cara bagaimana dia membunuh mangsanya dengan seutas dawai yang diikat pada tiang lalu dijerut pada tengkuk. “Beginilah caranya supaya darah itu jangan keluar banyak,” tambahnya.

Lelaki itu namanya Anwar tetapi orang lebih mengenalinya dengan nama Anwar Congo kerana dia pernah membantu pasukan tentera Indonesia yang dikirim ke negara Afrika yang pernah bergolak itu.

Rambutnya sudah putih semua dan umurnya sudah mencecah 73 tahun tetapi daripada cara dia berjalan masih ternampak segak dan tegap; selebihnya, cukup bergaya apalagi kalau dia memakai sut lengkap.

Anwar adalah watak utama dalam dokumentari Act of Killing yang sekarang ini sedang diberikan perhatian di serata dunia.

Dokumentari itu adalah sebuah cerita dalam cerita.

Dalam dokumentari itu, Anwar dan rakan-rakannya mengerjakan sebuah filem yang menggambarkan bagaimana dia jadi tukang sembelih komunis.

Dia mengimbau semula peristiwa berdarah yang tercatat sebagai sejarah hitam Indonesia — sejarah yang hari ini sedang disemak semula.

Tetapi bagi Anwar apa yang dikerjakannya itu adalah untuk memberi ingatan kepada generasi hari ini tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Inilah sejarah. Inilah kita,” katanya. (petikan tulisan Noor Azam Shairi dalam Astroawani.com)



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®