Tuesday, 6 August 2013

TIGA DITAHAN SEMENTARA SASPEK UTAMA KES BUNUH NAJADI DIBURU!

-KETANGKASAN PDRM DALAM BIDANG SIASATAN MEMANG TIDAK NAFIKAN LEBIH-LEBIH LAGI APABILA PASUKAN KESELAMATAN TERSEBUT TELAH DAPAT MENGENALPASTI SASPEK UTAMA KES PEMBUNUHAN HUSSIN NAJADI DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT SEKALI! SYABAS PDRM!-

Dua wanita pemegang amanah kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon di sini ditahan dan sedang disoal siasat untuk menjelaskan motif pembunuhan pengasas Bank Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di di tempat letak kereta kuil tersebut pada 29 Julai lalu.

Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin dekat kuil tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi suspek, Kong Swee Kwan, 44.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini Selasa.

Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman.

Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian.

Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya.

Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin.

Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan.

Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu.

Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu.  (sumber).

NAMA : KONG SWEE KWAN 
MYKAD : 690103-10-6459 
ALAMAT TERAKHIR : 132 JLN PELANDOK 4, TMN SUNTEX 
BT. 9 CHERAS, SELANGOR
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®