Tuesday, 27 August 2013

POLIS LANCAR OPS CANTAS KHAS, PEMBANGKANG PULAK YANG GEGAR?

-PELIK BETUL! PENJENAYAH MATI, BEREBUT NAK MEMBELA! KALAU ANGGOTA KESELAMATAN MAUT, KORANG PEMBANGKANG BUAT-BUAT TAK TAU SAMBIL KOREK HIDUNG JE YER! KORANG NI MACAM ADA GUNA KHIDMAT KONGSI GELAP JER? ADA YER? KEKEKE!!!-

Walaupun kongsi gelap ini telah lama wujud di negara kita, namun kegiatan mereka makin ganas dan berani dengan bertambahnya kekuatan pembangkang.  Ini telah menjadi tanda Tanya kepada kita semua. Maka hubungan akrab diantara kumpulan kongsi gelap dan pakatan pembangkang mula diselidiki dengan terperinci.

Tambahan pula sikap pakatan pembangkang yang kerap kali menyatakan pendirian melalui demo jalanan dan tuntutan serta asakan dari pakatan pembangkang  yang membela para penjenayah hampir setiap kali mereka terkorban  terus menjadi misteri. 

Sejak kebelakangan ini pakatan pembangkang cukup konsisten dalam mempertahankan penjenayah malahan mereka juga telah membuat pameran diseluruh negara dengan mempamerkan gambar gambar penjenayah yang ditembak mati untuk meraih simpati daripada rakyat.

Kemusykilan kita akan bertambah tinggi menyedari betapa pakatan pembangkang bersikap cukup “double standard” terhadap kematian para anggota polis yang dibunuh oleh para penjenayah. Begitu juga dengan kematian orang awam yang dibunuh oleh penjahat.

Tiada sebarang demo jalanan dari pihak pakatan pembangkang menuntut pembelaan ke atas warganegara yang baik yang telah menjadi mangsa .  Tiada tuntutan majlis peguam yang berada dipihak pakatan pembangkang membela “good citizen”.

Pembangkang seolah-olah tidak dapat menyelami perasaan keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi. Perasaan hiba dan tangisan bapa , anak dan isteri yang kehilangan ahli keluarga disebabkan seorang penjenayah tidak mendapat perhatian pembangkang.

Kita juga tahu bahawa para penjenayah ini bernaung dibawah kumpulan kongsi gelap masing-masing dengan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pihak pakatan pembangkang yang cukup tidak bertanggungjawab.

Oleh itu Kementerian Dalam Negeri akan mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di negara ini termasuk jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap pertubuhan yang disertai. Ini bertujuan untuk membuktikan kesungguhan polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli kegiatan jenayah di negara ini.

Op Cantas Khas telah menunjukkan keberkesanan selepas seminggu dilancarkan apabila berjaya menahan suspek bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan aktiviti kongsi gelap.Tambahan pula bekas tahanan Simpang Renggam dan Ordinan Darurat (EO) kini berada di beberapa kawasan panas di Lembah Klang maka polis akan memberi tumpuan yang lebih untuk mengekang keganasan yang berkemungkinan berlaku.

Kerajaan barisan Nasional sentiasa mengambil langkah menjaga keselamatan dan keamanan rakyat. Sekiranya pakatan pembangkang mahu terus cuba mencetus provokasi keganasan melalui para ahli kongsi gelap maka kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak terhadap mereka apabila cukup bukti. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®