Monday, 19 August 2013

MP DAP KETUAI SERBUAN POLIS KE ATAS GANGSTER DI MASA DEPAN?

-YE LER, KALO DAH TAHAP NAK MEMPERTIKAI KREDIBILITI PDRM DALAM MENGENALPASTI ORANG YANG TERLIBAT DALAM MANA-MANA SERBUAN POLIS TU PENJENAYAH ATAU TIDAK, BAGI JER MEREKA YANG MERASA DAH "TERLALU PANDAI" TU MENGETUAI SERBUAN TU! TENGOK SAMADA DIAORANG TERKENCIT ATAU TERBERAK DALAM SELUAR NANTI! KEKEKE!!!-

Tak tau ler apa yang didalam hotak Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng ketika mengtweetkan di laman twitternya mempertikaikan kredibiliti Polis  Pulau Pinang yang menembak lima orang gangster 04 awal pagi tadi.

Encik LLE pernah tak dengar tentang CIU-Crime Intelligence Unit iaitu unit khusus dalam risikan maklumat berkaitan jenayah (berat)? Kalo tak pernah, biarlah blogger jalanan ni memberi sedikit pencerahan buat YB agar jangan meroyan tak tentu pasal lagi lain kali.

Setiap jabatan polis ada unit pengumpulan dan riskan maklumatnya mereka yang tersendiri dan berkaitan dengan kes tembak awal pagi di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong, Georgetown, Pulau Pinang, difahamkan polis bertindak dari hasil intipan polis serta maklumat awam yang diterima.

Berdasarkan maklumat awam, risikan telah dibuat ke atas kumpulan ini dan HANYA setelah pengecaman POSITIF saspek-saspek yang diintip ada terlibat dalam jenayah-jenayah lampau atau dalam buruan polis serta ada unsur-unsur jenayah sedang berlaku, BARULAH polis mengambil keputusan membuat serbuan.

Jadi, kalau Encik LLE dah pandai sangat, lain kali ada maklumat mengenai aktiviti gangsterism bagi tau Encik LLE, mungkin dia lebih tahu dari polis macam mana nak "handle" situasi sebegitu! 

Kalau dia yang jenis nak mengetuk pintu, "memberi salam" dan mintak IC nak tengok nama, memang dah terburai bersepai kepala hotak dia di tembak penjenayah! Pastu salahkan polis lagi!


Dan buat jawapan tweet Encik LLE tu, tolong baca artikel di bawah ni yer..Kekeke!!!

Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

"Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

"Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.

Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®