Monday, 26 August 2013

KIT SIANG DULU PERNAH KENCING TIANG BENDERA?

-KALAU TAKDE, NGAPER DIER BENGANG TAK SUDAH HINGGAKAN ADEGAN KENCING TIANG BENDERA DALAM FILEM TANDA PUTERA PUN DIPERTIKAIKANNYA! TERKENANG PADA "ZAMAN-ZAMAN DAHULU" KER? KEKEKE!!!-

Kit Siang mempersoalkan kewajaran elemen fiksyen yang dimasukkan dalam filem TANDA PUTERA yang mengisahkan tentang dua orang pemimpin negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang diambil pada kemuncak Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.

Elemen fiksyen tersebut adalah CINA KENCING DI TIANG BENDERA.

Bukan main lagi tazkirah dan syarahan Lim Kit Siang tentang semangat patriotik dan hubungan antara kaum yang dijelaskannya menerusi tentangannya terhadap adegan berkenaan. (BACA DI SINI

Kit Siang sehingga kini enggan bertanggungjawab terhadap Tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan pergaduhan dan pembunuhan antara kaum Melayu dan Cina dengan India menjadi penyelit sebagai batu api dan berpihak kepada mana-mana kaum yang dilihat lebih berkuasa.

Tragedi 13 Mei 1969 bermula akibat daripada kempen-kempen anti Melayu, Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan DAP. Turut bersama-samanya adalah para pemimpin dari parti GERAKAN dan PPP yang pada ketika itu belum lagi menjadi komponen Barisan Nasional.

Barisan Nasional ditubuhkan bersama-sama UMNO, MCA, MIC dan PAS yang kemudian disertai oleh GERAKAN dan PPP tidak lama selepas berakhirnya pentadbiran MAGERAN.

DAP merupakan kesinambungan daripada PAP yang ditubuhkan oleh Lee Kuan Yew selepas PAP dan Kuan Yew disingkirkan dari politik Malaysia kerana peranan yang dimainkan oleh Kuan Yew dalam pergaduhan kaum di Singapura pada 1964 menerusi kempen berterusan memusuhi Melayu, Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu selain menghalau Melayu keluar dari kawasan bandar.

Penerusan kempen-kempen Malaysia Malaysian, dasar Lee Kuan Yew, menyaksikan Lim Kit Siang paling lantang memperkatakan tentang Malaysia hak Cina dan orang Cina adalah penguasa sebenar Tanah Melayu. Ditambah dengan jurang ekonomi yang amat melebar kesan daripada pentadbiran penjajah yang diteruskan oleh pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra, orang Melayu dan Bumiputera melihat kempen-kempen berkenaan amat keterlaluan dan biadap.

Kemuncak daripada kebiadapan dan keserakahan Cina yang diketuai oleh Lim Kit Siang ialah apabila DAP memenangi semua kerusi Bandaran, (sepertimana yang berlaku pada tahun Mei 2013). Para pengikut DAP, GERAKAN dan PPP berarak di jalan-jalanraya dan menghina orang-orang Melayu yang mereka temui di tepi jalan. Bahkan ada yang meludah dan menunjukkan penyapu.

Pergaduhan mulai tercetus apabila perarakan Cina dari Kepong, Jinjang, Segambut dan Ampang serta Pantai Dalam memasuki Kampung Bharu yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di atas tanah anugerah Almarhum Sultan Abdul Samad.

Itu sejarah yang ditulis oleh semua ahli-ahli sejarah termasuklah penulis Barat kecuali Kua Kia Soong yang cuba membuat teori baru untuk menunjukkan Cina teraniaya.

Mengapa pula Lim Kit Siang tidak mempersoalkan perbuatannya sepanjang 21 hari sehingga 10 Mei 1969 di mana pembuangan undi dilaksanakan untuk PRU-3? Kenapa hanya adegan kencing di tiang itu sahaja yang disibukkannya tetapi kesan daripada kempen serta hasutan yang dilakukannya masih berlangsung sehingga sekarang, bahkan lebih teruk lagi ialah apabila Cina bersatu hati cuba menjatuhkan pentadbiran UMNO untuk mengubah Perlembagaan menerusi kerjasama dengan PKR dan PAS?

Kencing di tiang bendera yang dipersoalkannya... memang lawak durjana sungguh la apek tak sedar diri ni. Kalau dia masih di Tanah Besar Negeri China, barangkali sudah lama bangkainya reput dimamah tanah akibat hukuman bunuh yang dilaksanakan oleh pemerintah negara itu!!!

Mujurlah dia di Malaysia... - The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®