Sunday, 11 August 2013

KES TEMBAK ANGGOTA TENTERA DI SEMPADAN BERKAITAN DENGAN PENYELUDUPAN!

-TIMBALAN MENTERI KDN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR PERCAYA INSIDEN TEMBAK YANG TELAH MENCEDERAKAN SEORANG ANGGOTA TENTERA MALAYSIA SEMASA MEMBUAT RUTIN KAWALAN & RONDAAN DISEMPADAN SEMALAM ADA KAITAN DENGAN AKTIVITI PENYELUDUPAN ATAUPUN JENAYAH!-

Pasukan Keselamatan Malaysia dan Pasukan Keselamatan Thailand telah lama menjalinkan kerjasama dengan erat dalam aspek keselamatan terutamanya, membendung aktiviti-aktiviti penyeludupan di sempadan kedua buah negara.

Timbalan Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya ada kemungkinan anggota tentera berkenaan telah terserempak dengan kegiatan-kegiatan penyeludupan yang sedang dijalankan.

"Kehadiran kelibat anggota tentera tersebut dikawasan berkenan mungkin telah "menyukarkan lagi "tugas-tugas" mereka (penyeludup) sehingga mereka nekad mengambil tindakan menembak anggota keselamatan itu.

Meluahkan rasa simpati terhadap anggota tentera tersebut, Junaidi menambah maka cadangan KDN untuk menubuh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) untuk ditugaskan di semua sempadan, termasuk di Sarawak amatlah bertepatan sekali.

Junaidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong menjelaskan secara keseluruhannya, anggota-anggota UPP trediri daripada "gabungan" beberapa buah agensi keselamatan di bawah kuasa kementeriannya termasuk Polis, Kastam , Immigresen dan lain-lain lagi.

Dalam temubual bersama UnReportedNews™® semalam, beliau menerangkan sengan cara ini, UPP akan dapat melaksanakan tugas-tugas membendung kegiatan penyelupan dan juga aktiviti jenayah di sempadan dengan lebih efisyen dan effektik.

"Oleh kerana anggota-anggota UPP itu diserap dari agensiegansi berlaianan setiap seorang dari anggota UPP mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang-bidang masing-masing dan ianya akan memudahkan lagi mereka dan ini akan melancarkan lagi tugasan mereka."

"Dalam usaha membenteras penyeludupan, KDN telah mengambil keputusan menubuhkan UPP di Negeri Sarawak selewat-lewatnya pada tahun depan sebelum di selaras dengan UPP lain yang sudah sedia ada," tambah Junaidi dalam temubualnya yang diadakan di rumah kediamannya di Bandaraya Kuching.

Dalam kejadian tembak tersebut, anggota tentera yang berusia 26 tahun sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini.

Kejadian berlaku pukul 4.30 pagi ketika beliau baru saja selesai membaiki pagar yang dikopak di kawasan berkenaan dan berdasarkan laporan polis, mangsa sedang melakukan rondaan bersama seorang lagi anggota tentera dengan menaiki motosikal tentera apabila mereka ternampak bahagian pagar keselamatan yang dikopak.

Mangsa kemudian turun daripada motosikal dan membaiki pagar itu sebelum ternampak cahaya lampu suluh dari arah negara jiran sejurus saja selesai membaiki pagar itu, mangsa kemudian ditembak sewaktu berjalan menuju ke motosikal.

Sekurang-kurangnya dua das tembakan telah dilepaskan sebelum mangsa digegaskan ke Hospital Kangar dan didapati terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan, satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®