Wednesday, 7 August 2013

KERETA TAUKE KELAB MALAM, BEKAS TAHANAN AKTA DARURAT DIBOM!

-LELAKI YANG BERGELAR DATUK SERI ITU SERTA PEMANDU TERSELAMAT SETELAH BERJAYA MELARIKAN DIRINYA DARI KERETA JAGUARNYA YANG SEDANG BERGERAK! DAH, SEMAKIN ADVANCE PENJENAYAH-PENJENAYAH DI MALAYSIA NI! HAAH! MANSUHKANLAH LAGI AKTA-AKTA YANG BOLEH MEMBENDUNGKAN PENJENAYAH! AMBIK KORANG ! KEKEKE!!!-

Seorang ahli perniagaan kaya, yang memiliki beberapa restoran dan kelab malam di Lembah Klang, terselamat daripada maut apabila kereta mewah yang dinaikinya tiba-tiba meletup.

Dia dan pemandunya, kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Sebutir bom dilekatkan di bahagian bawah kenderaan tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan bebola bearing terkoyak daripada but kereta Jaguar berkenaan.

Ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri, dan pemandunya sedang melalui Taman Taynton View di Cheras pada malam Isnin ketika alat peranti itu meletup.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu merupakan bekas tahanan di bawah Akta Darurat dan pernah ditahan di Simpang Renggam lebih daripada setahun.

Menurut laporan yang dibuat oleh pemandunya, mereka sedang melalui Jalan Nadchantiram di kawasan berkenaan pada pukul 8.45 malam ketika bonet belakang kereta berkenaan tiba-tiba meletup.

Dia segera memberhentikan kereta tersebut dan berlari meninggalkan tempat kejadian.

Ketika mereka memeriksa kerosakan yang dialami, mereka mendapati terdapat bearing bebola dalam but dan belakang kereta berkenaan musnah dengan kesan letupan.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata letupan tersebut memusnahkan bahagian belakang kereta dan tiada ada sesiapa termasuk pemandu mahupun pengguna jalan raya lain mengalami kecederaan.

Polis percaya insiden berkenaan berlaku disebabkan oleh tindakan sabotaj.

Difahamkan Datuk Seri, tersebut mendapat gelarannya daripada Pahang dan pernah ditahan di bawah Akta Darurat pada 2005 dan dibebaskan 17 bulan kemudian.

Ada juga khabar angin yang menyatakan dia mungkin terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang menyebabkan berlakunya serangan ke atas beliau dan keretanya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®