Friday, 23 August 2013

JANGAN TEMBAK PENJENAYAH BERSENJATA?

-NAK BUAT MACAM MANA LAGI? POLIS DILARANG TEMBAK PENJENAYAH INDIA & GUNA PENDEKATAN "LEBIH MESRA"? KALO IKUT "SOP WAYTHA", MUNGKIN GAMBAR-GAMBAR MAYAT KAT BAWAH NI BUKANNYA PENJENAYAH TAPI BERKEMUNGKINAN PAK-PAK POLISI SENDIRI KAN? KEKEKE!!!-


"Isunya ialah memahami permasalahan utama masyarakat India dan membunuh mereka secara melulu tidak menyelesaikan peningkatan jenayah dalam negara.. Menteri Dalam Negeri mungkin salah faham niat saya, saya tidak berhasrat campur tangan kerja polis.

Persepsi awam terhadap pasukan polis terhakis kerana tindakan yang mereka lakukan," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

Waytha
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Ini berikutan bekas pemimpin Hindraf itu yang menegaskan bahawa beliau tidak percaya berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Waytha Moorthy juga mendakwa bahawa persepsi awam terhadap pasukan polis terhakis kerana tindakan yang mereka lakukan.

Timbalan Menteri itu juga memberitahu kepada media bahawa beliau akan segera berbincang dengan Ahmad Zahid bagi menyelesaikan isu membabitkan jenayah masyarakat India di negara ini.

"Saya akan mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan Menteri Dalam Negeri untuk bekerjasama dengan saya dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melihat masalah pembabitan jenayah belia India secara lebih holistik," katanya.-MPP 






-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®