Sunday, 4 August 2013

ANAK YAKIN POLIS AKAN SELESAIKAN KES BUNUH HUSSAIN NAJADI!

-PASCAL NAJADI, YANG KINI BERADA DI MOSCOW, RUSIA & ENGGAN PULANG KE MALAYSIA ATAS SEBAB KESELAMATAN YAKIN POLIS AKAN DAPAT MENYELESAIKAN KES BUNUH BAPANYA!-

Anak kepada Hussain Ahmad Najadi, pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian yakin polis Malaysia dapat menyelesaikan kes pembunuhan bapanya.

Pascal Najadi, 45, berkata beliau telah menerima panggilan dari pegawai tinggi polis yang memaklumkan kepadanya tentang perkembangan mutakhir kes tersebut.

"Saya gembira mendengarnya. Pegawai itu memberitahu secara terperinci yang mereka telah meningkat usaha untuk menangkap pembunuh tersebut termasuk bekerjasama dengan syarikat teksi, tetapi saya tidak boleh memberitahunya lebih lanjut," katanya kepada Bernama dari Moscow, Rusia menerusi telefon.

Isnin lalu Hussain, 75, ditembak mati sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat oleh pembunuh upahan, semasa berjalan ke arah kereta mereka selepas satu perbicangan mengenai hartanah di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

Pascal yang memiliki kerakyatan Swiss dan British sebelum ini dilapor sebagai mendakwa pembunuhan bapanya telah dirancang terlebih awal dan tiada rundingan hartanh yang dilakukan.

Beliau turut kesal dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang menuduh beliau sebagi tidak mahu bekerjasama dengan polis.

Beliau berkata perkara itu tidak benar.Beliau berkata beliau sanggup bekerjasama tetapi tidak dapat datang ke Malaysia kerana bimbangkan keselamatannya.

"Saya suka Malaysia. Saya telah datang ke negara ini beberapa kali sejak 1972 untuk menghabiskan cuti sekolah saya dengan bapa saya di Ampang Hilir. Tetapi saya tidak dapat datang ke negara ini (sekarang) kerana takut keselamatan saya," katanya.

Pascal meminta polis berhubung dengan kedutaan Malaysia di Moscow sekiranya memerlukan maklumat darinya.

Polis boleh menghubungi beliau menerusi syarikatnya atau telefonnya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®