Tuesday, 16 July 2013

VIDEO: DULU PASANGAN PORNO NI BUKAN MAIN "GOYANG-GOYANG" LAGI, SEKARANG?

-FUHHH .. KHABARNYA VIDEO-VIDEO/GAMBAR-GAMBAR AKSI PANAS YANG DI "LAKONKAN" PASANGAN PORNO TEMPATAN INI SAMA TAHAP DENGAN LAKONAN BINTANG PORNO-PORNO ANTARABANGSA! YE KER? TAPI MENGAPA MEREKA MACAM "KEMALUAN BESAR" JE SEMALAM YE? TUNDUK JE, GOYANG-GOYANG SIKIT PUN TAKDE! KEKEKE!!!-

Pasangan seks murahan, Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya tunduk dihadapan kamera walaupun sebelum ini mereka bersifat ghairah melampau jika berada di hadapan alat berkenaan.

Semalam, kedua pasangan itu terutama Vivian yang diacu lensa jurugambar media hanya tunduk dan bertindak pasif ketika meninggalkan pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

Agak kelakar… mereka sangat berani berbogel di hadapan kamera dan berkongsi video lucah kepada umum, kenapa pula perlu tunduk di hadapan kamera wartawan walaupun berpakaian sempurna?

Ketika keluar …mereka diiringi oleh dua orang pegawai polis dipercayai dari Ibupejabat PDRM Bukit Aman.

Nyata kali ini mereka goyah apabila pihak SKMM dan PDRM bertindak secara serius dalam isu tersebut.

Mereka yang bertindak mengikut hawa nafsu dan tidak berfikir akan kesan tindakan akhirnya tunduk dengan lunas undang-undang.

Malaysia tidak pernah menghalang kebebasan bersuara tetapi ia mesti berlandaskan peruntukan Perlembagaan.

Mereka yang sebelum ini dilihat berani berhadapan dengan masyarakat nampaknya malu untuk berdepan dengan media.

Wakil media yang menunggu mereka selesai memberikan keterangan kepada SKMM selama lebih 10 jam hanya menerima komen ringkas daripada Alvin.

“No komen.. Tiada apa yang perlu dikatakan di sini. Jangan tanya kami, tanya kepada SKMM.

“Kami telah memohon maaf di Youtube dan kami ikhlas,” komen Alvin ringkas.

Persoalannya sekarang… apakah pasangan tersebut benar-benar insaf dengan apa yang dilakukan oleh mereka itu? 



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®