Wednesday, 10 July 2013

TIBANYA MASA NAK MENGE"POW" KERAJAAN ..

-YE LER, MELAMPAU LER. ADER JE HARI RAYE ATAU BILA TUKAR TAUN JE MINTAK BONUS, TAK HABIS-HABIS MINTAK BONUS, MINTAK KENAIKAN GAJI! KALO TAK BAGI NANTI MUKA JADI HITAM! ADOI! KERJA CUEPACS IALAH MINTA BONUS BILA BULAN PUASA! KEKEKE!!!-

CUEPACS patutnya dah tukar nama jadi Kesatuan Meminta Bonus Tahunan (KEMUTAN) memandangkan setiap kali Presidennya buka mulut, suara yang keluar ialah KENAIKAN GAJI dan BONUS!!!

Dengan bersandarkan kepada alasannya bahawa pemberian bonus akan menjadi khabar gembira kepada kakitangan awam selain akan mengaktifkan lagi aliran tunai dalam negara, Omar Osman pastinya akan sangat menceriakan kakitangan awam, terutama sekali yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat, memandangkan jumlah mereka adalah yang paling ramai menjawat jawatan tinggi.

Dari semasa ke semasa, rungutan tentang tahap dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam tidak menurun sebaliknya bertambah. Walaupun lama-lama sekali Omar Osman ada juga mengeluarkan suara tentang hal berkenaan dan menasihati kakitangan awam agar mempertingkatkan mutu kerja mereka, tetapi yang lebih kerap keluar dari mulut Omar Osman adalah naik gaji, bagi bonus!

Tapi tak mengapalah, memang itu pun yang dikehendaki oleh kakitangan awam. Pastinya Omar Osman akan mendapat sokongan terbesar kerana kerap menimbulkan dan menekan kerajaan agar memberikan bonus serta menaikkan gaji selain memberikan pelbagai kemudahan dan manfaat lain kepada kakitangan awam.

Dua bulan setengah bonus... kalau dapat sebulan setengah pun dah dikira bagus!

Memandangkan kerajaan sekarang akan menuruti semua kehendak dan tuntutan, maka kita sekali lagi akan menyaksikan kakitangan awam akan mendapat bonus dan kita bolehlah tumpang gembira dengan bonus yang diterima oleh kakitangan awam.

Rasa-rasanya, elok kalau kerajaan tambah lagi tenaga kerja dalam semua perkhidmatan dan agensi kerajaan. Kalau boleh, biarlah sehingga 75% gunatenaga berada dalam bidang perkhidmatan awam. Nak lagi cantik, lagi kuat menyokong Pakatan Rakyat, maka lagilah tinggi pangkat dan manfaat diberikan kepadanya... SEPERTI YANG SEDANG BERLAKU SECARA BERLELUASA DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN dan GOLONGAN PTD!!! (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®