Monday, 22 July 2013

PRK KUALA BESUT: ANWAR "TERPAKSA" JUGAK TURUN BERKEMPEN AKHIRNYA

-BAGAIKAN GAYA "JAGUH KAMPUNG", NUAR BRAHIM TURUN KE KUALA BESUT & MENURUT RAKAN BLOGGER MPP ONLINE; 200 RIBU MEMBANJIRI CERAMAHNYA DI KUALA BESUT! KO NI BIAR BETUL BRO? KEKEKE!!!-

Bertempat di Kampung Pusu Tinggi, Bukit Puteri Kuala Besut semalam, Anwar bersama dengan Hadi Awang turun memberikan ceramah bagi membantu calon Pas yang bertanding di kawasan ini..

Ramai yang datang beb.. Dianggarkan hampir 200 ribu rakyat setempat serta dari luar hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Anwar yang baru saja pulang dari Umrah katanya..

Didalam ceramahnya, Anwar menolak kemungkinan Umno akan menang di Prk Kuala Besut kerana dia mendakwa politik yang dibawa oleh Umno sudah ketinggalan zaman.

Bagi Anwar, Pakatan lebih diyakini dan dipercayai oleh rakyat kerana mampu membawa perubahan dan juga lebih Islamik dari Umno yang langsung tak memperdulikan tentang hukum Islam.

Hadi Awang yang berceramah bersama Anwar juga menegaskan Umno tidak lagi layak menjaga orang melayu. Umno katanya hanya tempat untuk mengkayakan kroni serta orang-orang tertentu sedangkan rakyat terseksa tidak terjaga kebajikannya. 



Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Betul 200 ribu bro.. Tak caya sila tanya Bob Lokman.. Hahahaha...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®