Monday, 29 July 2013

OBAMA BERTEMU ANWAR DI MALAYSIA OKTOBER NI?

-FUHH, TERSENGIH MACAM KERANG BUSUK LAH KAWAN KITER TU KALAU IANYA BETUL-BETUL TERJADI! OBAMA SEBENARNYA DIJADUAL BERTEMU KERAJAAN MALAYSIA TAPI KENAL BENAR DENGAN MAINAN KOTOR ANWAR, TAK MUSTAHIL KEMUNGKINAN "SESUATU YANG BESAR" BAKAL DIRANCANG UNTUK MENGANGGU LAWATAN OBAMA & MEMBERI GAMBARAN NEGARA INI DALAM KEADAAN KACAU-BILAU? KEKEKE!!!-

Selepas 47 tahun buat kali pertama Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia, kini Barack Obama dijadual melawat negara ini pada Oktober depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS, Ben Rhodes menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu;

“Heading out to Rangoon, Naypyidaw and Kuala Lumpur for meetings with governments and civil society. (Menuju ke Rangoon, Naypyidaw dan Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan kerajaan dan masyarakat)

“Look forward to reinforcing US support for reform in Burma and discussing POTUS (President of the United States) visit to Malaysia and the Global Entrepreneurship

Tengok, Obama sendiri mai sini (berjumpa dengan aku!) Kekeke!
Summit.” (Untuk melihat bagi mengukuhkan sokongan AS untuk reformasi di Burma dan membincangkan POTUS (Presiden AS) melawat Malaysia dan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global).

Sumber Jabatan Perdana Menteri juga mengesahkan lawatan tersebut kepada Mynewshub ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengikut rekod, kali pertama dan terakhir Presiden AS melawat Malaysia adalah Lyndon B. Johnson iaitu pada 30 Oktober 1966 semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Kehadiran Obama selakau Presiden negara yang terkuat di dunia adalah satu pengiktirafan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. (sumber

PS: Mungkin kehadiran Obama hanyalah untuk menjadi saksi dalam kes beliau yang akan berlangsung di mahkamah Oktober ni! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®