Monday, 8 July 2013

BL1M HANYA GULA-GULA BN UNTUK UNDI PRU-13?

-WALAUPUN PAHIT IANYA TERPAKSA DITELAN KERANA SEMEMANGNYA ADALAH KENYATAAN! KEPADA PIHAK BERWAJIB, TEPATILAH JANJI ANDA .. JANGAN HANYA PANDAI MENANAM TEBU DI BIBIR SEWAKTU BERKEMPEN SAHAJA, INGATLAH, RAKYAT TIDAK MUDAH LUPA AKAN SETIAP "KESILAPAN" YANG TERBUAT OLEH MANA-MANA PEMIMPIN & "KEKECEWAAN" MEREKA SERINGKALI AKAN DI"TERJEMAHKANNYA" MENERUSI MANA-MANA PILIHANRAYA KELAK! KEKEKE!!!-

Sudah berkali-kali perkara ini dibangkitkan, namun semua pihak yang pernah sibuk mengumpul bayaran serta mengedar borang penyertaan lebih selesa berdiam diri tanpa memberi jawapan apa-apa.

Apakah benar seperti yang diduga? BL1M hanyalah gula-gula untuk menarik undi golongan muda masa PRU-13, sedangkan selepas pilihan raya kerajaan BN dilihat sibuk untuk memenuhi tuntutan serakah Anwar dan Pakatan Rakyat. 

Kerajaan BN serta agensi yang terlibat seolah sengaja tidak mahu melayan keluhan rakyat yang bertanya hal BL1M, sedangkan inilah pilihan bagi golongan kurang mampu untuk mendapatkan lesen secara sah. 

Kenapakah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib kelihatan sedang tergopoh-gapah mahu menurunkan harga kereta? Yang jelas hanyalah untuk memenuhi keperluan golongan pertengahan sepertimana cadangan Anwar Ibrahim dan penyokong. 

Orang kampung seperti saya tidak akan membeli kereta setiap bulan, walaupun harga diturunkan hingga 50%, sebaliknya ramai yang perlukan lesen memandu yang sah untuk bergerak setiap hari. 

Khairy Jamaluddin yang dulunya begitu lantang mencadangkan BL1M, sekarang tidak lagi mampu bersuara. Begitu juga parti-parti komponen BN yang dulu cukup opportunis menarik anak muda mendaftar BL1M, sekarang ini tidak diketahui entah kemana. -MELANAU BLOGGER™ 

PS: Belajar daripada kegagalan BN yang telah berusaha untuk mengambil hati sesebuah kaum sewaktu PRU-13 lalu. Biarpun berhabis BERBILION-BILON RM namun pada penghujungnya hasilnya ZERO! Buat apa nak melayan atau mengikut kehendak puak yang terang-terang menentang BN? Sepatutnya, belalah nasib mereka yang telah bermati-matian memberi sokongan kepada BN selama ini! Masa untuk berkompromi sudah tamat! Sekadar pendapat Abangda yang tak seberapa ini lah. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®