Wednesday, 17 July 2013

APA TINDAKAN SKMM SEKIRANYA ORANG ISLAM MULA MEMPERSENDAKAN AGAMA LAIN?

-KALAU MEREKA YANG TELAH DIKENALPASTI MENGHINA ISLAM HANYA SETAKAT DIBERI AMARAN KERAS SAJA, RAMAI LAGI YANG DILUAR SANA YANG BERANI MEMAKI-HAMUN AGAMA LAIN ATAU MENYENTUH PERKARA-PERKARA YANG SENSITIF & CEPAT-CEPAT MINTA MAAF KERANA APALAH SANGAT DIBERI AMARAN TU! KEKEKE!!!-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu berhati-hati dalam membuat keputusan berkaitan dengan kes pasangan porno Alvin dan Vivian yang telah mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.

Ia adalah kerana apa saja yang keputusan dan tindakan yang bakal diambil SKMM dalam kes ini akan menjadi "reference" sekiranya perkara seumpama ini berlaku lagi di masa hadapan.

SKMM atau mana-mana harus pihak yang berkaitan seharusnya menghukum dengan sekeras-kerasnya tertakluk dengan undang-undang yang sedia ada ke atas pasangan keji itu agar dijadikan contoh kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perkara yaang serupa.

Kalau sekadar memberi amaran saja, penulis percaya perkara seumpama ini nescaya akan berulang lagi kerana apalah nak ditakutkan, selepas  menghina agama lain atau menyentuh perkara-perkara yang sensitif dalam dunia maya, cepat-cepatlah minta maaf dan mereka tidak akan diambil tindakan apa-apa tapi sekadar diberi amaran saja!

Alvin dan Vivian disiasat dibawah  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Penulis percaya harapan majoriti umat Islam di Malaysia adalah agar pasangan porno itu di hukum semaksima-maksimanya agar ianya menjadi pengajaran dan contoh kepada semua golongan masyarakat tidak kira apa juga agama dan bangsa yang kerajaan mengambil serius dalam hal menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®