Saturday, 20 July 2013

AMBOI! FATWA SYIAH MEMBENARKAN MINUM KETIKA BERPUASA?!

-HANYA SEKADAR RENUNGAN! ULAMA IRAN KELUAR FATWA KONTROVERSI IAITU SESEORANG BOLEH MINUM KETIKA BERPUASA! KAN BERPUASA TU MENAHAN DIRI DARI MINUM & MAKAN (SELAIN DARIPADA PERBUATAN-PERBUATAN YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA)? CAMNER BOLEH “TERSASAR” JAUH SANGAT NI? KEKEKE!!!-

Seorang ulama tertinggi Iran telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan seseorang Islam boleh minum ketika puasa sekiranya ia bertujuan untuk ‘menyelamatkan dirinya’ dari mudarat.

Menurut Pemimpin Ayatollah Asadollah Bayat Zanjani, mereka yang tidak tahan dengan dahaga yang keterlaluan, boleh meneguk sedikit air untuk menghilangkan rasa tersebut.

Katanya, tindakan itu tidak akan membatalkan puasa kerana tujuannya adalah untuk survival dirinya.

Namun, fatwanya pantas disangkal oleh Pemimpin Ayatollah Nasser Makarem Shirazi yang mengatakan setiap puasa yang terbatal haruslah digantikan pada hari yang lain.

Beliau telah menyangkal ‘fatwa’ yang membolehkan seseorang itu minum ketika berpuasa.

Laporan media juga telah merujuk fatwa dari Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei dan Pemimpin Ayatollah Ali Sistani yang mengatakan ‘keadaan lemah atau dahaga tidak membenarkan seseorang itu membatalkan puasanya’.

Bagaimanapun, Zanjani yang berpengkalan di kota suci Qom, berkata Islam membenarkan seseorang itu ‘rehat’ dari berpuasa.

Katanya ia bergantung kepada keadaan iklim dan geografi tertentu, seperti di Iran yang waktu puasanya boleh menjangkau sehingga 16 jam sehari pada musim panas.

Jelasnya bagi mereka yang jatuh sakit atau puasa itu menambahkan lagi kesakitannya, atau mereka yang kerja berat sepanjang hari boleh meneguk sedikit air untuk mengembalikan tenaga mereka.

Kata Zanjani, mereka ini tidak perlu menggantikan puasa mereka pada hari yang lain.

“Imam Sadegh (imam Syiah keenam) sendiri pun telah membolehkan seseorang itu minum untuk menyelamatkan nyawa mereka,” tambahnya.

Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan kesemua fahaman Syiah pada Mei 1996.

Semalam kerajaan Kedah juga mengikut langkah yang sama, di mana akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat.

Menurut Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama mufti sebelum melaksanakannya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®