Monday, 17 June 2013

DAP, DIMANA SILAPNYA?

-JENG-JENG-JENG! ROS MINTA DAP KEMUKAKAN BUKTI DIMANA BERLAKUNYA KESILAPAN SEMASA PEMILIHAN PARTI! DIMANA SILAPNYA PAK? DIMANA? KEKEKE!!!-

Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai berlakunya silap kira undi yang didakwa berlaku semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Disember lalu.

Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman dilaporkan Bernama berkata ia bertujuan untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab ‘computer glitch‘ atau satu penyelewengan.

“Pihak ROS sedang menjalankan siasatan dan salah satu isu utama yang masih disiasat ialah mengenai undi yang diperoleh calon yang bertanding,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

DAP sebelum ini dilaporkan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan CEC parti itu pada Disember lepas dan ia dikaitkan dengan kesilapan teknikal.

Abdul Rahman dalam pada itu berkata ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum tentang kemajuan proses siasatan ROS terhadap parti itu untuk mengelakkan manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang jelas telah dimanipulasi.

“Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak beretika.

“ROS perlu menjalankan siasatan dengan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang manipulasi fakta,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 18 April lalu mendakwa menerima surat daripada ROS bertarikh 17 April yang menyatakan ROS tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC DAP.

Abdul Rahman juga berkata semua anggota parti yang ditemu bual dalam proses siasatan meminta DAP mengadakan semula pemilihan CEC.

Beliau juga menjelaskan ROS tidak mempunyai niat untuk membatalkan pandaftaran DAP.

Dalam pemilihan CEC semasa Kongres DAP ke-16 yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) pada 15 Disember tahun lepas, tiga pemimpin utama parti itu memperoleh undi paling tertinggi.

Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi dengan 1, 607 undi, diikuti anak beliau Lim Guan Eng 1, 576 dan Karpal Singh dengan 1, 411 undi.

Namun keenam-enam calon Melayu yang turut bertanding dalam pemilihan itu tidak terpilih langsung.

Mereka adalah Ariffin SM Omar, Ahmad Ton, Zairil Khir Johari, Zulkifli Mohd Noor, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

“Ya, ia sangat mengecewakan tiada orang Melayu yang terpilih, tapi perkara ini akan kami bincang esok.

“Kami akan melantik beberapa calon untuk mewakili kaum-kaum tertentu,” kata setiausaha agung DAP dilaporkan Malaysian Insider.

Menurut laporan Utusan Malaysia, calon Melayu, Senator Ariffin S. M. Omar memperolehi undi sebanyak 348 undi, berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Seramai 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Veteran DAP Melayu, Ahmad Ton yang sebelum ini merupakan Ahli CEC bagi penggal 2008-2012 juga turut tewas. Ahmad juga Naib Pengerusi DAP Johor hanya mendapat 327 undi untuk berada di tangga ke-38.

Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga kalah apabila hanya memperoleh 305 undi.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd. Noor (216 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Namun, lebih kurang 20 hari selepas itu pada 3 Januari 2013, organ DAP, Roketkini melaporkan berlaku ‘kesilapan teknikal’ sewaktu pembentangan keputusan pemilihan parti semasa Kongres ke-16.

Pegawai Pilihanraya yang bertanggungjawab membuat kiraan undi, Pooi Weng Keong dalam sidang media di ibu pejabat kebangsaan DAP berkata kesilapan tersebut berpunca daripada kecuaian ketika memindahkan kiraan keputusan menggunakan program komputer Microsoft Excel.

“Akibat daripada kesilapan tersebut, bilangan undi untuk calon-calon nombor 31 ke 38 adalah sama dengan calon-calon bernombor 61 ke 68,” kata beliau yang menjelaskan berlaku perubahan kecil terhadap 20 kedudukan teratas CEC.

Hasil daripada keputusan yang telah dibetulkan menunjukkan calon nombor 63, Wu Him Ven (Vincent) sepatutnya hanya mendapat 669 undi dan bukan 1202 undi; yang kini meletakkannya di tangga ke 26.

Calon nombor 65, Zairil Khir Johari yang pada mulanya dilaporkan menerima bilangan undi sebanyak 305 undi sama seperti calon nombor 35, Manogaran a/l Marimuthu, sebenarnya telah menerima 803 undi, kata Pooi Weng Keong yang secara automatik meletakkan beliau ke tangga ke-20 dan terlantik ke dalam CEC.

“Keputusan yang telah diaudit ini memperlihatkan bahawa delegasi Kongres ke-16 DAP adalah sebenarnya tidak anti-Melayu seperti yang difitnahkan oleh media arus perdana milik UMNO dan Barisan Nasional apabila pada mulanya dilaporkan tidak ada calon Melayu yang terpilih ke CEC,”lapor roketkini.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata CEC telah bermesyuarat dan memperbetulkan kesilapan keputusan pemilihan parti tersebut dengan mengesahkan saudara Zairil adalah ahli yang dipilih melalui undi delegasi; manakala saudara Vincent menjadi ahli lantikan.

“Selain hakikat bahawa kini saudara Zairil secara rasminya adalah ahli CEC melalui pemilihan, komposisi CEC tidaklah berubah,” ujar Tony.

Blogger Helen Ang menyenaraikan keputusan lengkap pemilihan DAP selepas ‘pembetulan’ kesilapan adalah seperti berikut.

1. Lim Kit Siang (1,607)
2. Lim Guan Eng (1,576)
3. Karpal Singh (1,411)
4. Chong Chieng Jen (1,211)
5. Anthony Loke (1,202)
6. Tan Kok Wai (1,199)
7. Gobind Singh Deo (1,197)
8. Tony Pua (1,162)
9. Teng Chang Khim (1,152)
10. Fong Kui Lun (1,137)
11. Nga Kor Ming (1,075)
12. Chong Eng (1,006)
13. Chow Kon Yeow (986)
14. Liew Chin Tong (984)
15. M. Kulasegaran (984)
16. Boo Cheng Hau (958)
17. Teresa Kok (925)
18. Teo Nie Ching (903)
19. Ngeh Koo Ham (824)
20. Zairil Khir Johari (803)
21. Tan Seng Giaw (802)
22. Sivakumar a/l Varatharaju (792)
23. Ronnie Liu (761)
24. Wong Sze Phin @ Jimmy (761)
25. P. Ramasamy (746)
26. Vincent Wu Him Ven (669)
27. Ean Yong Hian Wah (644)
28. Thomas Su (585)
29. Leong Ngah Ngah (571)
30. Jeff Ooi (460)
31. Lim Lip Eng (448)
32. Ganabatirau a/l Veraman (411)
33. Ng Wei Aik (407)
34. Khoo Poay Tiong (353)
35. Sivasubramaniam a/l Athinarayanan (353)
36. Ariffin S M Omar (348)
37. Ahmad Bin Ton (347)
38. Manogaran a/l Marimuthu (305)
39. Zulkifli Mohd Noor (249)
40. Jagdeep Singh Deo (227)
41. Manoharan Malayalam (216)
42. Apalasamy a/l Jataliah (212)
43. Teh Yee Cheu (197)
44. John Fernandez (187)
45. Hiew King Cheu (171)
46. Tanasekharan s/o Autherapady (171)
47. R. S. N. Rayer (169)
48. Soh Boon Hong (158)
49. Letchimanan a/l Thatharan (150)
50. Tan Lee Koon (131)
51. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121)
52. Sivanesan s/o Achalingam (112)
53. Lee Guan Aik (103)
54. Kamache a/p Doray Rajoo (102)
55. Leon Jimat Donald (99)
56. Solaiman Syed Ibrahim (98)
57. Siow Kim Leong (74)
58. Gnanaguru a/l Ganisan (69)
59. Roseli Abdul Gani (69)
60. Tan Boon Peng (40)
61. Ng Chin Tsai (39)
62. Harun Ahmad (28)
63. Wong Sai Hoong (23)


-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®