Saturday 29 June 2013

BLACKOUT276 SARAWAK: TIADA PAMPASAN AKAN DIBERI!

-LOR! APASAL PULAK SEB TERUS BUAT KEPUTUSAN ENGGAN MEMBAYAR GANTIRUGI PADA MEREKA YANG TERJEJAS AKIBAT BLACKOUT DI HAMPIR SELURUH NEGERI INI KHAMIS LEPAS? SEKURANG-KURANGNYA, KAJILAH SITUASI SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT! JIKA ENGGAN MEMBERI PAMPASAN, PALING-PALING TIDAK PUN, BAGILAH SEDIKIT DISKAUN ATAU REBATE BIL ELEKTRIK MEREKA! MENTANG-MENTANGLAH LU SORANG SAJA YANG DALAM INDUSTRI NI! BERPERIKEMANUSIAAN LE SIKIT!-

Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak bercadang memberikan pampasan kepada pengguna, terutama premis perniagaan yang mengalami kerugian akibat gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar negeri ini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Torstein Dale Sjotveit (gambar) yang dilapor dalam Utusan Malaysia sebagai berkata, pihaknya tidak mengamalkan pemberian ganti rugi kepada mana-mana pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.

"Tiada pampasan untuk pengguna kecuali kami telah melanggar amalan pengoperasian normal yang serius. Setakat ini, saya tidak melihat perkara ini sebagai pilihan.

"Kes ini sedang dikendalikan secara berperingkat dan selepas itu baru kita putuskan sama ada situasi semalam dikendalikan dengan cara bersesuaian," katanya dalam sidang akhbar mengenai kejadian tersebut, di sini hari ini.

Semalam, hampir sejuta penduduk di kawasan barat negeri ini terutama di Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri terjejas selepas bekalan elektrik terputus selama beberapa jam bermula pukul 5.36 petang.

Kejadian tersebut menyebabkan jalan-jalan utama sesak teruk akibat lampu isyarat tidak berfungsi manakala kebanyakan premis perniagaan termasuk restoran serta pusat beli-belah terpaksa ditutup sehingga bekalan dipulihkan secara berperingkat menjelang awal pagi.

Torstein dalam pada itu memberitahu, Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi mengenal pasti punca sebelum mengambil tindakan penambahbaikan bagi mengelak gangguan bekalan elektrik berulang di negeri ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan penurunan frekuensi pada sistem tenaga di loji hidroelektrik Bakun adalah punca kepada gangguan bekalan elektrik.

"Sistem yang terpelantik itu kemudiannya mengakibatkan kegagalan terhadap keseluruhan operasi SEB di stesen janakuasa Sejingkat, Batang Ai, Mukah, Bintulu dan Miri," katanya.

Beliau yang kesal dengan kejadian tersebut turut memohon maaf kepada semua pengguna yang berdepan kesulitan.

PS: Setakat sorry atau maaf saja tak memadai la SEB ..hisssh 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®