Thursday, 20 June 2013

ANWAR TERUS DI"BONEKA"KAN DAP DENGAN PENGEKALANNYA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG!

-PRU-13, DAP PALING BANYAK MENANG (38) KERUSI NAMUN ANWAR DIKEKALKAN MENJADI KETUA PEMBANGKANG ATAS SATU SEBAB SAJA IAITU TERUS MEMECAH-BELAHKAN MELAYU! CUBA FIKIR BETUL-BETUL, PERNAHKAH PUAK LAHANAT NI "BAGI MUKA" KAT BANGSA LAIN DALAM APA-APA HAL? AGENDA UTAMA DAP ADALAH UNTUK BERKUASA! TIME TU, NASIB AKU & ENGKORANG-ENGKORANG MELAYU SEMUA (TERMASUK PAS & PKR SEKALI), TUHAN SAJER LER YANG TAHU! KEKEKE!!!-

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat bagi sesi Parlimen Ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini.

Anwar yang dilaporkn dalam mStar sebagai berkata pelantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang dibuat atas persetujuan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Ya...ya mereka ada menyuruh dan meminta saya menyambung semula untuk menjadi Ketua Pembangkang," katanya ringkas kepada pemberita selepas menyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam perkembangan berasingan, Pakatan Rakyat akan mengusulkan nama bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen ke-13.

Anwar berkata pencalonan itu dibuat bagi memastikan perjalanan perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung secara telus dan adil.

"Pakatan Rakyat bersetuju menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen Ke-13," katanya.

Anwar berkata, pencalonan tersebut telah dihantar oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Parlimen pada 10 Jun lalu.

"Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seseorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat," tegasnya.

Menurut Anwar, bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan persidangan, seorang Timbalan Yang Dipertua hendaklah dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan seorang lagi dari Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, kami bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar bagi jawatan tersebut.

"Kami percaya langkah ini sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini," katanya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®