Saturday, 18 May 2013

ZAHID AKAN TANGKAP ANWAR!

-AMBIK KAW! AMARAN INI DIBERI OLEH MENTERI KDN YANG BARU! KEKEKE!!!-

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua, tiada lagi sebarang amaran atau kompromi dengan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang giat menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiada lagi sebarang amaran dan saya akan tangkap hidu-hidup Ketua Pembangkang dan kuncu-kuncunya yang secara terang berani menghasut rakyat dan tunggu tindakan saya, Zahid Hamidi.

Isnin lalu, Anwar Ibrahim, R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Rakyat akan tunggu tindakan tegas KDN yang selama ini boleh diibaratkan seperti tidur lena. (sumber)

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®