Monday, 13 May 2013

TU DIA, PAS "DITIPU" PKR & DAP HIDUP-HIDUP!

-HAJAT DIHATI NAK JADI MB APAKAN DAYA "KELAYAKAN" PAS TAK SETARAF PKR & DAP UNTUK MEMIMPIN SEBUAH NEGERI YANG SEMAJU SELANGOR! MENANG BESAR DALAM PRU-13 LEPAS RUPANYA TIDAK MENJANJI JAWATAN MB ATAU PENCAPAIAN PAS SENGAJA TIDAK DIIKTIRAF PKR & DAP ATAUPUN DALAM BAHASA YANG LEBIH MUDAH LAGI, PAS KENA KENCING PKR & DAP! KEKEKE!!!-

Sewajarnya, wakil dari PAS yang memperolehi 15 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu yang lebih layak dari PKR yang hanya memenangi 14 kerusi menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baru, tapi sebaliknya mantan MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) yang pula dilantik menjadi MB (dengan sokongan kuat dari DAP).

Tentu ada sebab atau alasan tertentu DAP yang juga telah memperolehi 15 kerusi DUN Selangor dalam PRU-13 begitu bersungguh-sungguh mahu PKR menerajui Selangor walaupun rekod Khalid/PKR pada penggal lepas tidak begitu memberangsangkan dan bagaikan langsung tidak memberi peluang kepada PAS untuk membukti yang mereka (PAS) juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mungkin jauh lebih baik dari PKR malah DAP juga.

Secara tidak langsung tindakan terkini kedua rakan PAS iaitu PKR dan DAP menidakkan hak PAS yang seakan telah "bergadai-golok segala-galanya termasuk maruah, agama dan bangsa" untuk mencapai kemenangan yang besar dalam PRU-13 bagaikan tamparan buat PAS yakni memberi persepsi yang PAS tidak berkelayakan untuk mengemudikan negeri yang semaju Selangor.. tak gitu?

Alasan yang paling logik yang penulis dapat kemukakan kini adalah kekhuatiran DAP akan pencanggahan dasar PAS yang berpaksikan Islam dalam melaksanakan segala pentakbiran negeri tersebut (sekiranya MBnya adalah dari PAS) terutamanya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti seperti rumah-rumah urut, penjualan arak dan pusat-pusat hiburan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sewaktu pentakbiran PKR pada penggal yang lepas!

Khalid, menurut sumber terdekat di pejabat MB dijadual menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini dimana Tuanku akan menasihati beliau berhubung beberapa isu dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai MB di hadapan baginda keesokan paginya untuk memulakan penggal keduanya memegang jawatan tersebut, sekali gus menamatkan spekulasi siapa pemimpin Pakatan Rakyat yang akan menjadi MB negeri itu.

Namun majlis tersebut bagaikan diadakan dalam keadaan yang rahsia sahaja berikutan dengan respon Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim yang menganggap perkara itu (majlis sesi angkat sumpah Khalid sebagai MB) pada keesokkan adalah agak mustahil majlis tersebut sepatutnys diberi notis sehari dan setakat tengahari tadi beliau tidak menerima sebarang jemputan untuk majlis angkat sumpah berkenaan. Pelik kan?

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor iaitu peningkatan daripada 36 kerusi yang diperoleh dalam PRU-12 pada tahun 2008 dan sejurus itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng DAN JUGA Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali menyuarakan sokongan kepada Khalid sebagai MB. Bertambah pelik kan?

Dalam masa yang sama, terdapat satu lagi pihak yang bagaikan "makan hati berulamkan jantung" seperti PAS dengan perlantikan Khalid sebagai MB Selangor iaitu Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang diketahui umum telah juga menunjukkan minat pada jawatan MB berkenaan berkata keputusan mengenai siapa yang akan menjadi MB bergantung kepada Sultan Selangor dan beliau akan menghormati keputusan tersebut.

Biarpun mengakui akan menyokong sesiapa saja yang bakal dilantik sebagai MB, Azmin bagaimanapun, mengkritik tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon MB kepada Istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor.

"Apabila istana memutuskan, kita semua perlu menerima dan saya akan menyokong keputusan itu 100%, itu cara saya, sama seperti apabila keputusan itu dibuat pada 2008 (pelantikan Khalid sebagai MB), saya mempertahankannya sepanjang masa," katanya mengulangi bahawa kekecewaannya bukan kepada calon MB yang sudah mendapat sokongan DAP dan PAS tetapi cara Dr Wan Azizah melakukan pemilihan tersebut.

"Saya turut menyokong kenyataan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui proses tersebut tidak dipatuhi, mengesahkan apa yang saya katakan pada sidang media dan saya berharap presiden parti akan mendengar nasihat pemimpin parti terutamanya anggota ADUN," rintih Azmin lagi yang mungkin mengenangkan nasib malangnya dalam dua penggal ini bukan saja tidak dilantik sebagai MB malah namanya turut dikhabarkan tidak langsung dalam senarai calon MB yang telah dihantar kepada Sultan Selangor untuk pertimbangan baginda! 

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®