-MUNGKIN TERLAMPAU TERDESAK ATAU KURANG DIBERI DIDIKAN ORANG TUA ATAUPUN DAH DITAKDIR MEMPUNYAI TAHAP KECERGASAN OTAK MANUSIA YANG PALING MINIMA A.K.A "DUNGGU", DALANG DISEBALIK PENYEBARAN SURAT TAWARAN LAPTOP 1M MENGARAH SEMUA PENERIMA BERKENAAN BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN DI PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PETRA JAYA YANG JUGA PEJABAT PENYANDANG & JUGA CALON BN PRU-13 DATUK HAJI FADILLAH YUSUF!-
Fadillah menunjukkan salinan laporan polis semalam |
Kebarangkalian penyangak disebalik kegiatan penyebaran surat & SMS palsu kepada ramai warga-warga Petra Jaya yang kononnya BN telah menawarkan netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya sejak beberapa hari lepas tergelak-melalak setelah berjaya menipu orangramai dan menyusahkan penyandang dan juga calon BN PRU-13 Datuk Haji Fadillah Yusuf memanglah agak tinggi, tapi selepas membaca posting ini, kemungkinan beliau sesal mengigit jari kerana tidak terfikirkan akan impiklasi-impliklasi yang begitu serius daripada idea "bijak" tersebut sebenarnya akan me"makan tuan"nya pada PRU-13 kelak!
Terlebih dahulu, ingin dimaklumkan kepada orangramai secara umum, khususnya penduduk-penduduk Petra Jaya iaitu Datuk Haji Fadillah serta kakitangan Pusat Khidmat Petra Jaya tidak pernah menghantar sebarang bentuk SMS mahupun surat tawaran netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya. Segala kesukaran yang timbul amatlah dikesalikan.
Penggunaan taktik yang sekotor ini yang begitu jelas berniat untuk menyemarakkan rasa kecewa dan marah kepada Fadillah Yusuf, yang juga merupakan Ketua Pemuda PBB dan Pemuda BN Negeri apabila gagal mendapatkan netbook ke pejabatnya seperti yang ditawarkan melalui surat dan SMS tersebut serta dalang utama disebalik angkara keji berkenaan semestinyalah "individu" yang berkepentingan dalam PRU-13...hmmm..siapa ya?
Satu laporan polis berkaitan penyebaran surat dan SMS palsu tersebut yang dipercayai "bermotifkan politik" dibuat oleh Fadillah sendiri di Balai Polis Gita, Petra Jaya pada petang semalam dan difahamkan pihak polis telah membuka kertaskerja dan mula menjalankan siasatan mereka.
Berbalik kita kepada si "penyangak" tadi; dia (penyangak tersebut) sepatutnya mengambilkira cara dan tahap mentaliti masyarakat terkini, khususnya mereka yang dari Petra Jaya terlebih dahulu namun sebaliknya, tindakan si penyangak berkenaan bagaikan begitu memandang rendah (under-estimated) atas kebijaksanaan mereka-mereka yang telah menerima SMS atau palsu yang dikirimnya.
Mungkin penyebar SMS dan surat palsu tersebut membuat andaian yang warga-warga Petra Jaya masih hidup dizaman "barbaric" yang tak bertemadun, tidak mampu untuk berfikir secara logik kerana segala tindakannya umpama mengharapkan "mangsa-mangsa" penipuannya akan merasa marah kepada Fadillah apabila mengetahui sebenarnnya tiada tawaran laptop dan ianya akan memberi kesan kepada Fadillah dala PRU-13 nanti.
Alhamdullillah, Tuhan Maha Kaya, segala apa yang diharapkan dari fitnah jahat tersebut tidak berlaku sebaliknya, rata-rata dari mereka yang datang ke Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya semalam dapat menerima penjelasan yang diberi oleh kakitangan pejabat dan tidak kurang juga yang tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya malahan ada juga menyebut nama dalang tersebut secara spontan!
"Ya, sekarang saya sudah paham apa semua ini. Celaka anak ***i ya, sampai tahap ni permainan politik kotor engkau ya *****!!," luah dibibir salah seorang daripada mangsa "penipuan" tersebut, seorang lelaki yang berusia dalan anggaran 50-an yang kemudiannya tersenyum sendirian sebelum menambah, "Tolong sampaikan salam ikhlas saya kepada Datuk Fadillah serta maklumkan juga, beliau akan mendapat tiga undi tambahan daripada saya sekeluarga pada PRU-13 nanti."
Tidak kurang juga mereka yang telah terpedaya oleh penipuan berkenaan secara terbuka menganggap "saspek utama dalang" disebalik angkara ini hanya ibarat "samseng-samseng politik" yang membawa taktik-taktik politik yang begitu kotor pembangkang Semenanjung yang lazimnya tidak pernah dipratik oleh ahli politikus negeri ini, lebih-lebih lagi mereka yang bernaung dibawah BN.
Bukan menuduh, bukan apa tapi, jika diambilkira akan jumlah calon-calon yang akan bertanding untuk merebutkan kerusi Parlimen Petra Jaya dalam PRU-13 kali ini hanya DUA orang; iaitu Fadillah dan Ketua AMK Sarawak Saudara Ahmad Nazib Johari. Ianya lebih menjurus ke arah SATU PIHAK (yang aku sengaja tak nak sebut disini) yang ada kepentingan dalam pekara ini namun satu perkara yang aku begitu pasti dalam perkara ini adalah angkara ini bukannya dari PBB, SUPP, SPDP, PRS ataupun UMNO, Gerakan, MIC, MCA dan PPP! Bersiap-sedialah untuk kehilangan wang cengkeram anda!!! Kekeke!!!
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®