Wednesday, 22 May 2013

HARAMKAN ANWAR DARI MEMASUKI SARAWAK!

-PENGHASUT SEPERTI  ANWAR & MANA-MANA PEMIMPIN PAKATAN YANG TERLIBAT PERHIMPUNAN 505 WAJAR DITEGAH DARI MEMASUKI SARAWAK KERANA DIKHUATIRI AKAN MENGANGGU-GUGATKAN KEAMANAN NEGERI INI! "PLEASE KEEP YOUR OWN SHIT TO YOUSELF!" KEKEKE!!!-

Kebetulan pula sidang DUN Sarawak sedang dijalankan, UnReportedNews™® merasakan adalah wajar bagi mana-mana ADUN BN membuat satu usul untuk dibentangkan kepada DUN agar menyenaraihitamkan beberapa nama individu dari Pakatan Pembangkang terutamanya Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki negeri ini kerana khuatir dengan kehadiran mereka akan menganggu-gugatkan keamanan negeri ini.

Di Semenanjung Malaysia, Anwar dan kuncu-kuncunya sedang ligat mengadakan perhimpunan haram dan dikhuatiri mereka akan mempunyai niat yang sama untuk mengadakan acara sedemikian di Sarawak kelak.

Bukannya menentang amalan demokrasi tetapi kebelakangan ini pihak pembangkang yang nampak begitu cenderung memanipulasikan sistem demokrasi ini sendiri dalam usaha mereka untuk memudaratkan keamanan, kesejahteraan serta keharmonian kaum negara ini.

Sudah sampai masanya kerajaan Sarawak menggunapakaikan Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 66 (1) ref: "Advocates Ordinance (Sarawak Cap.110)" yakni mencegah mana-mana individu yang dirasakan "tidak sesuai" memasuki negeri ini.

Individu-individu bagaikan membawa "satu wabak" yang amat membahayakan kepada rakyat Sarawak dan wajarlah wakil-wakli rakyat BN mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum ianya menular menjangkiti masyarakat tempatan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®