Thursday, 23 May 2013

ADAM DIDAKWA HARI INI!

-HERO MUDA PAKATAN PERGI KE MAHKAMAH HARI INI! KESIAN, MUDA-MUDA DAH KELUAR MASUK MAHKAMAH! TAMBAH KESIAN BUDAK NI BANGSA MELAYU, CUMA PEGUAM-PEGUAMNYA SAJA YANG "BERBANGSA LAIN-LAIN"! KEKEKE!!!-

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, esok pada jam 9 pagi.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang bertindak sebagai peguam kepada Adam Adli untuk perbicaraan kes ini mengesahkan kepada Sinar harian Online, sebentar tadi.

"Ya, esok dia akan didakwa," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan , Adam Adli yang juga bekas pelajar Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI) telah ditahan di Bangsar pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang kerana disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan 124 B  dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan.

Beliau kemudiannya turut direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada esok.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi terhadap gambar yang disebarkan melalui media-media sosial tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®