-HADI AWANG & PAS TAK PERCAYA INDIVIDU DALAM VIDEO TU YANG MENUNJUKKAN "SKILL" DENGAN JARINYA ADALAH MUSTAFA ALI, MEH CEK SIAPA YANG PAKAI SPENDER MACAM NI! KEKEKE!!!-
PAS dan para pemimpinnya tidak percaya lelaki yang muncul dalam klip video seks terbaru adalah salah seorang pemimpin tertinggi mereka.
Oleh yang demikian kata Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang dipetik mStar, parti itu tidak perlu memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara itu.
Kata Hadi, beliau sendiri tidak percaya lelaki itu adalah pemimpin PAS sebagaimana yang didakwa oleh beberapa bloger.
"Teruskanlah sebarkan video itu. Ia hanya akan menguatkan parti apabila orang ramai mengetahui yang ia adalah tidak benar," ujar Hadi sambil menyeru para penyokong PAS agar mengadakan sembahyang hajat.
Sebelum ini dilaporkan, sebuah blog politik Kedahan69ers.com memuat naik klip rakaman video berdurasi empat saat pada pukul 8.30 malam Khamis.
Video berkenaan menunjukkan aksi seorang lelaki menyerupai pemimpin PAS sedang hendak memakai seluar dalamnya ketika duduk di tepi katil dan ia kelihatan seperti dalam sebuah bilik hotel.
Lelaki berkenaan hanya memakai sehelai singlet berwarna putih.
Selepas itu, satu lagi blog Medan Info Kita memuat naik satu lagi versi rakaman video yang lebih panjang.
Dengan rakaman yang lebih lama, iaitu 25 saat, ia menunjukkan aksi lelaki berkenaan di atas katil bersama seorang wanita dalam satu bilik yang sama dan paparan skrin menunjukkan mereka sedang bersiap.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran video berkenaan.
"Biar pihak polis siasat. Kami sudah lali dengan isu sebegini, kita sudah tidak peduli. Saya beranggapan apa jua skandal yang didedahkan kini adalah bermotifkan politik,” katanya.
Beliau menambah orang yang akan menanggung reputasi dan imej yang buruk adalah mereka yang membuat dan mengedarkan video berkenaan, termasuk pihak berkuasa yang tidak mengambil sebarang tindakan mengenainya.
Seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub menyifatkan rakaman video tersebut sebagai politik kotor, terutamanya ketika hampir kepada tarikh pilihan raya umum ke-13.
“Ia merupakan tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak yang terdesak dengan menggunakan taktik kotor seperti ini.
“Tindakan menyebarkan video sebegini perlu dikutuk…adalah sangat meragukan apabila video berkenaan disebarkan kurang 10 hari daripada hari penamaan calon,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut berkata rakyat Malaysia sepatutnya lebih matang dalam berpolitik daripada menggunakan taktik lama.
”Musuh politik tidak sepatutnya menyentuh hal peribadi…fokus kepada polisi. Saya bimbang dengan suasana politik tempatan sekiranya taktik seperti ini terus digunakan,” katanya.
Abdul Wahid menjelaskan beliau sangat terperanjat mengapa pemimpinan kanan PAS itu diserang kerana beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Berdasarkan pengetahuan saya, beliau hanya mahu memfokuskan kepada hal-hal parti sahaja. Saya sangat terkejut mengapa dalam banyak-banyak orang hanya beliau yang diserang,” katanya
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pengarah Sekteriat Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sedang menyiasat identiti individu yang terlibat dalam video berkenaan.
“Kami belum membuat sebarang tangkapan kerana siasatan masih lagi berjalan. Kita harap orang ramai dapat tampil bagi membantu siasatan,” katanya.
-UnReportedNews™®
SIZE XXXXLLLL MANA NAK CARI KALAU KOYAK ATAU DAH LUSUH? SIAPA YG TENGOK MESTI TERSENYUM SELEBAR SELUAR SPENDER TU... KAN...KAN...KAN... TANYA SAMA PKR SIAPA PUNYA KERJA? NANTI JAWAB PR UMNO/BN PUNYA KERJA. TAPI MARI TANYA SAMA PR SIAPA YG TAHU PAK MUS MASUK HOTEL MANA KALAU TAK ORANG PKR JUGA... KAN GITU? KO! UMNO/BN KO! KO! AKHIRNYA SIAPA YG KOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO?
ReplyDeleteSIZE XXXXLLLL MANA NAK CARI KALAU KOYAK ATAU DAH LUSUH? SIAPA YG TENGOK MESTI TERSENYUM SELEBAR SELUAR SPENDER TU... KAN...KAN...KAN... TANYA SAMA PKR SIAPA PUNYA KERJA? NANTI JAWAB PR UMNO/BN PUNYA KERJA. TAPI MARI TANYA SAMA PR SIAPA YG TAHU PAK MUS MASUK HOTEL MANA KALAU TAK ORANG PKR JUGA... KAN GITU? KO! UMNO/BN KO! KO! AKHIRNYA SIAPA YG KOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO?
ReplyDelete