Friday, 19 April 2013

PRU-13 SARAWAK: PAKATAN HANYA PADA NAMA TAPI REALITINYA, HAPRAK!

-BARU JE BAB PENAMAAN CALON, DAH MULA "BERCAKARAN", BELUM LAGI MENJADI KERAJAAN (FUH! SELISIH MALAIKAT 44!), BOLEH JADI HURU-HARA & BERPERANG SAUDARALAH DI BUMI KENYALANG INI! TAPI ITULAH KENYATAANNYA YANG DITONJOLKAN OLEH PAKATAN RAKYAT SARAWAK DARI BEBERAPA PERTINDIHAN CALON PRU13 DISESETENGAH KAWASAN, JELAS MEMBUKTIKAN PAKATAN PEMBANGKANG INI HANYA SEBUAH ILUSI UNTUK MERAIH UNDI!-

Difahamkan, PKR Pusat telah menyerahkan surat watikah kepada dua orang calon parti mereka; Dr Micheal Teo (Miri) dan Voon Shiak Ni (Stampin) untuk bertanding di kedua-dua kawasan Parlimen biarpun mengetahui "rakan seperjuangan mereka" dalam Pakatan Rakyat; DAP, telah lama "mengidam" kawasan tersebut dengan menamakan calon mereka sendiri iaitu Lim Su Kien (Miri) dan Julian Tan Kok Ping (Stampin).

Namun begitu, menurut sumber dalaman PKR, kedua-dua calon PKR tersebut yang telah pun membeli borang pencalonan Parlimen bagi proses penamaan calon PRU-13 yang akan diadakan pada Sabtu, 20 April 2013 walaupun secara umumnya PKR menyedari DAP telah lama "menginginkan" kedua kawasan tesebut, DAP tidak "berkerja-keras" secukupnya, maka adalah lebih wajar kedua-dua calon PKR itu sepatutnya diberikan "hak" untuk bertanding di kedua Parlimen tersebut dalam PRU-13 atas alasan mereka sudah lama "berjuang membela rakyat" di kawasan tersebut.

Sumber tersebut juga meluahkan pandangannya terhadap tindakan DAP (meletakkan calon mereka) bertanding di kedua-dua kerusi sebenarnya hanya bertujuan untuk "mencantas" PKR yang didakwanya "lebih kerap turun padang" untuk bertemu rakyat berbanding calon DAP yang hanya mula menampakkan diri sebaik sahaja pembubaran Parlimen dan sebagai sebagai sebuah parti "dominan" dalam Pakatan Pembangkang, PKR sewajarnya diberikan kerusi itu bagi menebus kembali kekalahan teruk yang pernah dihadapi mereka dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas jika dibandingkan dengan DAP yang menang besar dalam PRN yang sama dan sebagai satu entiti "Pakatan", wajar bagi DAP memberikan peluang dan ruang kepada PKR untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut! 

UnReportedNews™®, dengan rendah diri dan sejujur-jujurnya mengakui tidak faham langsung apa yang sumber tersebut maksudkan PKR atau DAP telah "berkerja-keras" atau "berjuang membela rakyat" itu kerana secara umumnya tahu, selain daripada memecahbelahkan perpaduan rakyat, membawa politik kotor dan ganas yang telah lama dipraktikkan parti pembangkang di Semenanjung Malaysia, Pakatan Rakyat sememangnya langsung tidak memberi keuntungan atau kebaikan kepada rakyat negeri ini namun, persoalannya kini,  dengan keadaan sebegini, tidak mustahillah jika dibeberapa kawasan Parlimen menjadi rebutan sesama pembangkang akan berlakunya pertembungan tiga penjuru (dua pembangkang dan satu BN).

Senario sebegini (berebutkan kawasan) yang tidak menunjukkan "kesepakatan" sepatutnya tidak berlaku kepada sesebuah entiti yang mengakui diri mereka yang terdiri dari tiga parti pembangkang; PKR, DAP dan PAS sebagai sebuah "Parti Pakatan" dan sebagai contoh mudah; kita bandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang terdiri 14 gabungan parti komponen yang benar-benar mengambarkan entiti yang sepakat dan mempraktik tolenrasi, persafahaman, hormat-menghormati, perkongsian kuasa yang selama ini telah menjadi tunjang kestabilan politik negara ini, yang secara langsung telah menzahirkan segala proses pembangunan Malaysia.

Hakikatnya, sikap "ketidaksepakatan" Pakatan Rakyat yang ditonjolkan oleh parti pembangkang Sarawak berkenaan dalam proses "penamaan calon PRU-13" ini sebenarnya memberi gambaran realiti mereka yang sebenar yakni gabungan parti-parti pembangkang itu bukan saja boleh memporak-perandanya keadaan politik negara, malah ianya menjejaskan prestasi sosio, ekonomi dan pentabiran negara yang pastinya memberi impak yang boleh melumpuhkan segala proses pembangunan negara sekiranya juak-juak pembangkang yang kononnya mengakui mereka bersepakat ini diberi peluang untuk menjadi kerajaan.

Tidaklah begitu keterlaluan jika lakonan "kesepakatan yang dipersembahkan" ketiga-tiga parti pembangkang yang kesemuaannya berpaksi dan berasal dari Semenanjung Malayia dikategorikan sebagai "terlalu sadis, begitu rendah kualitinya dan sama sekali tidak boleh meyakinkan" secara langsung sebenarnya menghina tahap kebijaksanaan dan mentaliti rakyat Sarawak yang majoritinya kini kian hari semakin sedar akan "sandiwara" pembangkang yang menjurus mereka untuk menolak Pakatan Rakyat dan sebaliknya, sokongan terhadap BN semakin meningkat, sepertimana yang boleh kita lihat dari keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) yang lepas (pada 2011) dan dalam PRU-13 kelak, InsyaAllah, rakyat Sarawak sekali akan menolak Pakatan Rakyat!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®