Thursday, 18 April 2013

PRU-13 SARAWAK: JELAING, USAH CABAR BN SARAWAK!

-BAK KATA PERPATAH, BILA SUDAH TAK CINTA, SEMUANYA MASAM BELAKA! BEGITULAH DIIBARATKAN HUBUNGAN PENYANDANG KERUSI PARLIMEN SARATOK JELAING MERSAT YANG TELAH DIGUGURKAN DARI SENARAI PRU-13 CALON BN SARAWAK DENGAN SPDP & PRESIDEN PARTI TERSEBUT TAN SRI DATUK SRI WILLIAM MAWAN IKOM! DAHLAH YB, CUKUPLAH, BERUNDURLAH DENGAN SECARA HORMAT, JANGANLAH AKHIRI SEJARAH POLITIK ANDA DENGAN BERLAKU "KHIANAT" TERHADAP BN!-

Tindakan Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan juga penyandang kerusi Parlimen Saratok Jelaing Mersat yang baru-baru ini telah digugurkan dari senarai nama calon Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) nanti yang telah keluar dari parti SDPD atas alasan yang "perkara tersebut tidak pernah dibincangkan" oleh Presiden SPDP Tan Sri Datuk Sri William Mawan sungguh tidak munasabah dan tidak dapat diterima langsung.

Dakwaan Jelaing, yang juga memegang portfolio Timbalan Menteri Pengangkutan setelah bertanding dalam PRU-11 pada tahun  2004 di kawasan Parlimen Saratok tersebut secara umumnya hanya untuk menimbulkan rasa tidak puas hati penyokongnya serta meraih simpati kerana yang memuktamadkan keputusan nama beliau digugurkan adalah Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak (setelah mengkaji penilaian prestasi beliau pada penggal-penggal sebelum ini) dan BUKANLAH Presiden SPDP sendiri iaitu Tan Sri Datuk Sri William Mawan!

Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, Jelaing sepatutnya tidak perlu membangkitkan mengenai "pengkhianatan" kerana tindakannya sendiri yang membenarkan penyokong-penyokongnya yang didakwanya seramai lebih kurang 320 anggota SPDP telah keluar dari parti tersebut tersebut sebaik sahaja mengetahui dirinya tidak disenaraikan dan diganti oleh Mawan kerana membantah pencalonan penggantinya serta tidak puas hati kerana "mereka" tidak berunding mengenai perubahan calon adalah SATU PENGKHIANATAN teramat besar terhadap SPDP, BN dan rakyat Sarawak, khususnya penduduk-penduduk Saratok sendiri.

Jelaing, ketika di Rumah Dayak di Saratok semalam mendakwa dirinya terasa "dikhianati" dan akan menerima keputusan BN sekiraya dimaklumkan tentang perubahan calon lebih awal lebih-lebih lagi, sesudah Presiden (Mawan) dalam bereapa pertemuan sebelum ini memaklumkan hanya nama beliau yang satu-satunya yang dikemukakan (BN) dan ianya amat mengejutan apabila Ketua Menteri mengumumkan nama Mawan sebaliknya menggantikan beliau dan ini membuat beberapa pemimpin akar umbi yang tidak berpuas hati dengan keputusan BN tersebut.

"Tindakan (daripada BN dan SPDP) adalah satu gambaran yang mereka tidak menghormati hasrat rakyat serta tidak mengambil kira pandangan pemimpin-pemimpin akar umbi yang selama ini mempertahankan SPDP tetapi tidak kali ini mereka begitu kecewa dengan perkembangan politik terkini," kata Jelaing lagi sambil mendakwa, penyokong-penyokongnya tidak puas hati kerana "mereka" tidak diajak berunding mengenai perubahan calon dan dalam masa yang sama, peguam SPDP Chambai Lindong dalam facebook beliau disiarkan semalam menyenaraikan SPDP Krian dan Kalaka yang didakwa tidak bersetuju dengan pencalonan Mawan di Saratok juga memohon diadakan perundingan atau semua ahi-ahli kedua kawasan itu akan meletakan jawatan beramai-ramai ahli-ahli kedua-dua bahagian tersebut dan cadangan agar menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada Jelaing dan empat yang lain untuk merangka tindakan selanjutnya

Jelaing juga sewajarnya tidak patut memberikan gambaran yang berkemungkinan beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya akar umbi mahu beliau berbuat begitu dan kesilapan terbesarnya adalah beliau telah memberi amaran bahawa jika BN meneruskan juga dengan pencalonan Mawan, kumpulan beliau tidak akan menyokongnya (Mawan) kerana pandangan mereka terhadap kepimpinan BN atas seharusnya perlu mendengar kehendak mereka untuk memastikan BN mengekalkan kerusi itu kerana ianya lebih menunjukkan "symtom-symtom" mereka yang kecewa dalam politik, iaitu menentang kembali kepada entiti (SPDP/BN) yang selama ini didamba dan diperjuangkannya sendiri. Jadi, persoalannya kini, kemanakah kesetiaan perjuangan Jelaing dan pengikut-pengikutnya selama ini?

Kepada bakal pengundi-pengundi Saratok, UnReportedNews™® hanya inigin memberi beberapa penekanan disini;

Pertama; BUKAN Presiden SPDP Tan Sri Datuk Sri William Mawan yang mengugurkan nama Jelaing Mersat untuk mempertahan kerusi Parlimen Saratok tapi telah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan tertinggi BN berdasarkan prestasi penyandang tersebut maka tidaklah wajar menjadikan Mawan sebagai alasan untuk menentang SDPD dan BN, yang selama ini telah membawa pembangunan di kawasan Saratok menerusi Jelaing Mersat dan mantan-mantan Ahli-ali Parlimen BN sebelum ini.

Kedua; MAWAN dipilih oleh pucuk pimpinan sendiri secara spontan oleh pucuk pimpinan tertinggi BN kerana mengambil kepentingan beliau adalah Presiden SDPD yang menyndang kawasan Saratok dan kerana Mawan sebelum ini, telah menghantar hanya satu nama sahaja untuk calon PRU-13 BN Sarawak iaitu JELAING MERSAT.

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®