Thursday, 4 April 2013

MASADEPAN MALAYSIA KINI DALAM TANGAN RAKYAT

-KUASA MENENTUKAN ENTITI MENJADI KERAJAAN YANG AKAN MENERAJUI NEGARA BUAT LIMA TAHUN YANG AKAN DATANG KINI DISERAH SECARA MUTLAK KEPADA RAKYAT MELALUI PROSES PILIHAN RAYA UMUM YANG DIJANGKA  AKAN DIADAKAN PADA 20HB ATAU 21HB APRIL NANTI. SEMOGA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN SEGALA DASAR, MANISFESTO & YANG TERPENTNG SEKALI, TREK-REKOD PRESTASI ENTITI-ENTITI YANG BERTANDING!-

Teka-teki mengenai tarikh keramat pembubaran Parlimen Malaysia penggal ke-12 buat memberi ruang proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan yang bermain-main di fikiran semua rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila pengumumannya mengenainya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen pagi semalam.

Tepat jam 11.34am, bertempat di pejabatnya dimana diadakan, Najib menyatakan beliau telah terlebih dahulu menghadap Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sebelah pagi sebelum ini untuk menyembah warkah kepada baginda bagi memohon agar diperkenankan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan berkuatkuasa sertamerta pagi semalam.

"Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pun memperkenankan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuat-kuasa hari ini," kata Najib, yang sebelum mengadakan sesi pengumuman tersebut telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet Parlimen Penggal ke-12 buat kali terakhir di Putrajaya

Dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 ini kelak, sebanyak 222 kerusi Parlimen, 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dan dibawah ini adalah pecahan bilangan kerusi Parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri secara ringkas.

Perlis 3 (P) 15 (DUN), Kedah 15 (P) 36 (DUN), Pulau Pinang 13 (P) 40 (DUN), Perak 24 (P) 59 (DUN), Selangor 22 (P) 56 (DUN), Kuala Lumpur 11 (P), Putrajaya 1 (P), Labuan 1 (P), Negeri Sembilan 8 (P) 36 (DUN), Melaka, 6 (P) 28 (DUN), Johor, 26 (P) 56 (DUN), Pahang 14 (P) 42 (DUN), Terengganu, 8 (P) 32 (DUN), Kelantan 14 (P) 45 (DUN), Sarawak 31 (P) 71 (DUN) dan Sabah 25 (P) 60 (DUN).

Mengingatkan agar semua ketua kerajaan negeri mendapatkan perkenan daripada ketua negeri masing-masing bagi membubarkan DUN agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak seluruh negara," Najib juga turut menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada PRU ke-13 akan datang supaya mengamalkan prinsip demokrasi demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menandatangani warkah yang dipersembahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Rakyat di Istana Negara di sini hari ini-fotoBERNAMA
Jelas terpancar keyakinan di wajahnya ketika menasihati semua parti politik yang memilih untuk terlibat di dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab dan janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

"Insaflah dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita," katanya.

Dari jumlah keseluruhan 222 (P) dan 576 (DUN) yang telah dipertandingkan pada PRU ke-12 pada 2008 dulu, sebanyak 140 (P) 307 (DUN) dimenangi BN, 82 (P) 196 (DUN) dimenangi PR sementara 2 (DUN) Bebas. Dibawah ini adalah pecahan ringkas kedudukan kerusi (P) dan (DUN) selepas PRU ke-12 pada tahun 2008 yang lalu:

Perlis BN-3 (P) BN-14 PR-1 (DUN), Kedah BN-4 PR-11 (P) BN-14 PR-22 Bebas-1 (DUN), Kelantan BN-2 PR-12 (P), BN-6 PKR-35 (DUN), Terengganu BN-7 PKR-1 (P) BN-4 PKR-8 (DUN),  Pulau Pinang BN-2 PR-11 (P) BN-11 PR-29 Bebas-2 (DUN), Perak BN-13 PR-12 (P) BN-28 PR-31 (DUN), Pahang BN-12 PR-5 (P) BN-37 R-4 Bebas-1 (DUN), Selangor BN-5 PR-17 (P) BN-20 PR-36 (DUN), Wilayah Persekutuan BN-3 PR-10 (P), Negeri Sembilan BN-5 PR-3 (P) BN-21 PR-15 (DUN), Melaka BN-5 PR-1 (P) BN-23 PR-5 (DUN), Johor BN-25 PR-1 (P) BN-50 PR-6 (DUN), Sabah BN-24 PR-1 (P) BN-59 PR-1 (DUN) dan Sarawak BN-29 PR-2 (P) BN-29 PR-2 (DUN). 

*Semua negeri-negeri dijangka akan mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) masing-masing secara serentak PRU ke-13 kecuali Sarawak yang telah mengadakan PRN yang terakhir pada 2011 yang lalu.

SEBANYAK 16 PRK DIADAKAN PADA PENGGAL PARLIMEN KE-12 YANG LEPAS

Penggal Parlimen ke-12 sejak tahun 2008 juga telah merekodkan sebanyak 16 Pilihanraya Kecil (PRK) diadakan berikutan berlakunya kekosongan bagi enam kerusi (P) dan 10 kerusi (DUN) dan daripada jumlah tersebut, 13 PRK diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan manakala tiga lagi kerana peletakan jawatan wakil rakyatnya.

Dari jumlah tersebut, kedua-dua pihak telah memenangi lapan kerusi masing-masing; BN (2 P dan 6 DUN) dan PR (4 P dan 4 DUN) walaupun PR pada peringkat awalnya dilihat menguasai pilihan rakyat pada beberapa PRK tersebut, namun trend berubah dalam lima PRK terakhir apabila BN mencatat kemenangan berturut-turut dalam pertembungan di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

(1) PRK pertama bagi Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang) diadakan 26hb Ogos 2008 apabila Ahli Parlimennya dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat parti itu yang kemudiannya memenangi dengan majoriti 15,671 undi mengalahkan calon BN Arif Shah Omar Shah dan calon Bebas Hanafi Mamat.

(2) PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) pada17hb Januari 2009 berikutan kematian penyandang Datuk Razali Ismail (BN) dan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) memperolehi 2,631 majoriti undi mengalahkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) dan Azharudin Mamat (Bebas).

(3) PRK DUN Bukit Selambau (Kedah) pada 7hb April 2010 merekodkan sejarah "Pertembungan 15-penjuru" untuk satu DUN dimana terdapat 13 calon Bebas bertanding, kesemuanya mengumpul sejumlah 1,326 undi; R Loganathan-31, Tan Hock Huat-78, Mohd Radzi Mat Lazim-25, Mohd Fadzil Wahab-83, Abdul Rahim Abu (Bebas)-60, L Sarala-49,  A Jayagopal-35, S Moganakumar-46, Khamis Awang-29, Husaini Yaacob-257, Vaneson Michael-32, Mejar (B) Anuar Abd Hamid-528, T Chandrarajan-73, Datuk S Ganesan (BN)-10,229 namun S Manikumar (PKR) menang dengan majoriti 2,405 undi.setelah mendapat 12,632 undi.

(4) PRK DUN Penanti (Pulau Pinang) pada 31hb Mei 2009 diadakan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat dari PKR iaitu V. Arumugam dan Mohammad Fairus Khairuddin namun BN memutuskan tidak bertanding bagi PRK tersebut yang kemudiannya yang dimenangi calon PKR Mansor Othman dengan majoriti 5,558 majoriti undi mengalahkan dua calon Bebas Aminah Abdullah dan Nai Khan Ari.

(5) PRK Parlimen Bukit Gantang (Perak) pada 7hb April 2009 berikutan kematian wakil rakyat Roslan Shahrum (PAS) * Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) peroleh 2,789 majoriti undi mengalahkan Ismail Saffian (BN) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

(6) PRK DUN Manek Urai (Kelantan) pada 14hb Julai 2009 berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob (PAS) namun Mohd Fauzi Abdullah (PAS) menang majoriti 65 undi mengalahkan Tuan Aziz Tuan Mat (BN).

(7) PRK DUN Permatang Pasir (Pulau Pinang) diakakan pada 25hb Ogos 2009 berikutan kematian penyandang Datuk Mohd Hamdan Abd. Rahman (PAS) dan Mohd Salleh Man (PAS) menang 4,551 majoriti undi mengalahkan Rohaizat Othman (BN).

(8) PRK DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) diadakan pada 11hb Oktober 2009 berikutan kematian penyandang Azman Mohammad Noor (BN) dimana Tan Sri Isa Samad (BN) menang majoriti 5,435i undi mengalahkan Zulkefly Mohamad Omar (PAS).

(9) PRK DUN Batang Ai (Sarawak) pada 7hb April 2010 berikutan kematian wakil rakyatnya iaitu Datuk Dublin Unting Anak Ingkot (BN) dimana Malcom Mussen Lamoh (BN) menang majoriti 1,854 undi mengalahkan Jawah Jerang (PKR).

(10) PRK Parlimen Hulu Selangor (Selangor) pada 25hb April 2010 berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) dan P. Kamalanathan (BN) menang dengan majoriti 1,725 undi mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR).

(11) PRK Parlimen Sibu (Sarawak) pada 16hb Mei 2010 berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) namun Wong Ho Leng (DAP) menang dengan majoriti 398 undi mengalahkan Robert Lau Hui Yew (BN) dan Narawi Haron (Bebas)

(12) PRK Parlimen Batu Sapi (Sabah) pada 4hb November 2010 berikutan kematian penyandangnya Datuk Ir Chong Ket Wah (BN) menyaksikan Tsen Thau Lin (BN) memperoleh majoriti 6,359 undi mengalahkan Ansari Abdullah (PKR) dan Datuk Yong Teck Lee (SAPP).

(13) PRK DUN Galas (Kelantan) diadakan 4hb November 2010 berikutan kematian penyandang Chek Hashim Sulaima (PAS) dan melihat Ab Aziz Yusoff (BN) menang majoriti 1,190 undi mengalahkan Dr Zulkefli Mohamed (PAS).

(14) PRK DUN Tenang (Johor) diadakan pada 30hb Januari 2011 berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha (BN)) * Mohd Azahar Ibrahim (BN) menang majoriti 3,707 undi mengalahkan Normala Sudirman (PAS).

(15) PRK Parlimen Merlimau (Melaka) diadakan 6hb Mac 2011 berikutan kematian penyandang Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan (BN) dan Roslan Ahmad (BN) peroleh majoriti 3,643 undi mengalahkan Yuhaizad Abdullah (PAS).

(16) PRK DUN Kerdau (Pahang) diadakan pada 6hb Mac 2011 berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim (BN) dimana Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) peroleh majoriti 2,724 undi mengalahkan Hassanuddin Salim (PAS). 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®