Tuesday, 2 April 2013

MANA-MANA PEMBANGKANG YANG BERKENAN SANGAT, SILA DATANG

-BEGITULAH RESPON SPONTAN AHLI PARLIMEN PETRA JAYA  DATUK HAJ FADILLAH YUSUF APABILA DITANYA MENGAPA PAKATAN RAKYAT (PR) SARAWAK BELUM MENDAPAT KATA SEPAKAT MEMILIH SIAPA YANG AKAN MENJADI CALON MENENTANGNYA DALAM PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE 13 NANTI SEDANGKAN CALON-CALON PR DI KEBANYAKAN KAWASAN PARLIMEN LAIN SUDAH DIKENAL PASTI! MUNGKIN PR SARAWAK TAKDE CALON YANG BERKALIBER KOT? KEKEKE!!!-

Barisan Nasional (BN) Sarawak begitu optimistik dapat mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya dalam PRU ke 13 nanti berdasarkan dengan rekod prestasi BN mengimplimentasikan pelbagai bentuk pembangunan, kemudahan dan kemajuan samaada yang sedang dalam pembinaan mahupun yang projek-projek yang sudah disiapkan dan initiatif kerajaan yang setiap masa bagaikan tiada henti menyalurkan bantuan, khususnya buat penduduk-penduduk di kawasan Petra Jaya ini, selepas saja PRU ke 12 (tahun 2008) yang lalu.

Bukan riak ataupun bercakap sombong tapi ini adalah realiti yang amat jelas berdasarkan fakta-fakta yang sedia ada yang sememangnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak, jelas Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga merangkap jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif (MOSTI) ambil menambah, Alhamdullillah, kerajaan begitu prihatin mengambil langkah untuk membangun dan membela masyarakat di kawasan Parlimen Petra Jaya.

"InsyaAllah, berdasarkan maklum balas yang kami perolehi, InsyaAllah, kali ini (pada PRU ke 13 nanti), pembangkang tidak ada langsung sebarang ruang untuk membangkitkan sebarang isu, lebih-lebih berkaitan dari aspek pembangunan, kemudahan, sosio-ekonomi mahupun kebajikan penduduk di Petra Jaya yang boleh dianggap memberi implikasi negatif kepada BN," tambahnya lagi.

"Saya percaya, masyarakat Sarawak telah sekian lama mencapai kematangan dalam politik terutamanya, sewaktu membuat penilaian (menerusi PRU) untuk memilih entiti yang akan menerajui negeri dan ini jelas digambarkan semenjak lima dekad yang lalu, pilihan mereka (BN) adalah yang terbaik dan paling tepat kerana pembangunan yang dibawa begitu ketara jika dibandingkan dari satu penggal (Parlimen) ke satu penggal yang lain."

"Saya betul-betul tak tahu dan secara jujur saya katakan, saya juga tak ingin ambil tahu mengapa PR Sarawak belum menamakan dalam PRU ke 13 nanti kerana ianya hanya membuang masa saya saja lagipun adalah lebih baik untuk saya mengfokuskan sepenuh perhatian saja kepada segala pemasalahan rakyat dari dari bermain teka-teki ini" ujar Fadilah, yang juga Pengerusi Pemuda BN Sarawak dan juga Pengerusi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sambil tersenyum.

Mungkin juga mereka (pembangkang) belum mencapai kata sepakat untuk menentukan siapa dan dari parti mana calon mereka tapi itulah hakikatnya, istilah sepakat tersebut buat mereka(pembangkang) hanya ada pada nama (Pakatan Rakyat) untuk parti-parti mereka untuk main "akat-pakat" tapi realitinya tindakan dan reaksi mereka yang jelas berlainan dan tak seragam terhadap sesuatu isu menggambarkan yang mereka ini sebenarnya tak pernah berpakat, kata Fadillah dengan sinis.

"Tak apalah, sesiapa yang mereka (pembangkang) akan mereka pertaruhkan sebagai calon mahupun dari parti (pembangkang) mana dia datang, baik calon dari PKR, PAS mahupun DAP sekali di kawasan Parlimen Petra Jaya pada PRU ke 13 kelak tidak menjadi langsung isu kerana berkeyakinan dengan kesungguhan dan keperihatinan BN Sarawak yang membawa banyak perubahan dan pembangunan dalam pelbagai bentuk, baik dari segi kemudahan infrastuktur, kemudahan asas mahupun riadah dan lain-lain lagi."

Fadillah yang dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU ke 13 yang akan datang dalam masa yang terdekat ini sewaktu PRU ke 12 pada tahun 2008 dulu adalah diantara calon yang telah "menang besar" dengan majoriti yang begitu jauh dimana dalam perrtandingan satu lawan satu pada PRU tersebut, Fadillah memperolehi sebanyak 19,515 undi manakala pencabarnya Mohamad Jolhi (PKR) hanya mampu mendapat 5,118 undian.

Menurut maklumat dari sumber dalaman PKR, calon yang diuar-uakan untuk menentang Fadillah adalah Ketua Wanita PKR Sarawak Norhanim Mokhsen namun mendapat bantahan dari kedua parti rakannya atas sebab yang tidak dinyatakan dan ini sedikit sebanyak menjelaskan mengapa nama bakal pencabar Fadillah (Petra Jaya) mahupun nama pencabar yang akan bertanding dengan jirannya iaitu Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan JunaidiTuanku Jaafar yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat tiada dalam senarai calon-calon pembangkang pada PRU ke 13 (dibawah) yang UnReportedNews™® perolehi dapat dari satu sumber.

-SENARAI CALON KEADILAN-PKR SARAWAK-
(dikemas kini setakat 31 Mac 2013)*

1. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
2. Saratok - Ali Biju
3. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
4. Baram - Roland Engan
5. Limbang - Baru Bian
6. Petra Jaya - ?
7. Santubong - ?



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®