Friday, 15 March 2013

TERKINI: KIRAM III NYATA TERDESAK POHON BANTUAN INDONESIA

-APA YANG BERPUTAR DALAM FIKIRAN KIRAM III @ FAIZAL (NAMA MALAYSIANYA PULAK!), CUMA DIA & TUHAN JER YANG TAHU! ADAKAH DIA NI WARAS ATAU SEBALIKNYA, HANYA DIA & TUHAN SAJA YANG TAHU! TAPI TINDAKAN TERBARUNYA, MEMINTA PERTOLONGAN DARI INDONESIA UNTUK "MEMBAHAM" MALAYSIA MENUNJUKKAN PERSIS ORANG YANG HILANG AKAL! DESPERADO BETUL KETUA LANUN SULU NI!-

Menurut laporan portal Indonesia, Jamalul Kiram III menyata rasa keciwanya terhadap konflik perebutan Sabah dan Serawak dengan Malaysia  maka itu dia meminta bantuan Indonesia buat merebut kembali wilayah di utara Pulau Kalimantan itu. 

"Saya akan menyerahkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia asal Indonesia mau membantu mengembalikan Sabah dan Serawak kepada kami," kata Kiram III sambil memperbetulkan namanya bukanlah Mudarasulail Kiram. 

Menurutnya lagi, Mudarasulail adalah orang menuntut Sultan Sulu sedangkan nama sebenarnya adalahFaizal Abdul Naim, warga negara Malaysia yang berasal Melaka. 

Berikut adalah perbualan Kiram III ketika dihubungi oleh Faisal Assegaf dari merdeka.com melalui talipon bimbitnya pada Khamis (14/3). 

Wartawan: Jadi apa rancangan anda selanjutnya?

Kiram III: Saya hari ini ada di Ibu Kota Manila. Mungkin besok saya akan bertemu Presiden Benigno Aquino III. Saya akan minta kepada dia untuk segera mengakhiri konflik di Sabah Saya yakin Presiden Aquino akan menanggapi permintaan itu kerana orang Sulu adalah warga Filipina. 

Wartawan: Sudahkah anda meminta bantuan kepada pemerintah Indonesia?

Kiram III: Saya tidak punya akses ke sana, tapi saya mendesak saudara kami di Indonesia untuk segera membantu kami. Saya memohon kepada Yang Mulia Presiden Indonesia (Soesilo Bambang Yudhoyono) untuk menolong kami. 

Kiram III dah hilang skru kot?
Wartawan: Kenapa anda minta bantuan kepada Indonesia?

Kiram III: Kelmarin (dua hari lalu), saya melihat dokumen perjanjian Mafilindo, isinya menunjukkan pemerintah Indonesia berkomitmen terhadap Sabah dan Sarawak. 

Wartawan: Lalu apa tawaran yang anda beri kepada pemerintah Indonesia?

Kiram III: Saya ingin bergabung dengan Indonesia. Saya akan menyerahkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia asal Indonesia mahu membantu mengembalikan Sabah dan Sarawak kepada kami. 

Wartawan: Bukankah lebih baik bergabung dengan Malaysia?

Kiram III: Malaysia munafik, sedangkan Indonesia berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam. 

Wartawan: Bukankah Islam agama rasmi di Malaysia, sedangkan di Indonesia ada lima agama lain selain Islam diakui?

Kiram III: Islam di Malaysia hanya sekadar kata-kata tapi perbuatan mereka tidak Islam. 

Wartawan: Adakah anda dalam situasi keciwa?

Kiram III: Saya memang keciwa kerana itu saya sangat mengharapkan bantuan dari Indonesia. (sumber)

Ulasan laporan tersebut adalah, Kiram III, dalang dan perancang utama pencerobohan Sabah meminta melalui media Indonesia iaitu Merdeka.com agar memohon pertolongan ketenteraan negara Indonesia dalam konfliknya dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah kini.

Mendakwakan, Indonesia juga mempunyai hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak Indonesia membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Bukan itu juga, malah Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik, tidak mengamalkan Islam hanya sekadar kata-kata saja!

Terimakasih rakan blogger MPP Online for the tip-off!

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®