Tuesday, 12 March 2013

TERKINI DI LAHAD DATU: SEORANG ANGGOTA ATM TERKORBAN & TIGA PENGGANAS DIBUNUH

-PENGGANAS SULU BAGAIKAN TIADA TELUR MENGGUNAKAN TAKTIK PENGECUT IAITU BERPURA-PURA MENJADI ORANG AWAM SEBELUM BERTINDAK MEMBUAT SERANG HENDAP & MELARIKAN DIRI! BEGINIKAH AJARAN "SULTAN" KIRAM & "PUTERI" JACEL" KEPADA "RAKYAT-RAKYAT" MEREKA?-

Al-Fatihah buat anggota ATM Prebet Ahmad Hurairah Ismail dari 7RAMD yang terkorban semasa Ops Daulat yang masuk hari ke lapan pagi tadi sementara tahziah buat keluarga Allayarham.

Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail dilaporkan tercedera  dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi tadi dan dalam kejadian yang sama, pihak keselamatan Malaysia berjaya membunuh tiga pengganas .

Sebentar tadi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu sidang media telah mengesahkan kejadian bekenaan tetapi tidak menjelaskan nama anggota tersebut.

Difahamkan pengganas Sulu telah menggunakan taktik pengecut dengan menyamar sebagai orang awam sebelum bertindak membuat serang hendap dan melarikan diri.

Semoga Allah Mencucuri roh Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, wira negara ini, jasamu sentiasa dikenang dalam ingatan dan lipatan sejarah Malaysia, Al-Fatihah.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®