Friday, 1 March 2013

TEORI PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM DALAM KRISIS LAHAD DATU KIAN BERASAS!

-DAKWAAN ANWAR IBRAHIM BERKEMUNGKINAN TERLIBAT DALAM KRISIS LAHAD DATU YANG TELAH BERLARUTAN HAMPIR TIGA MINGGU SETELAH SEKUMPULAN WARGA ASING DARI SULU YANG LENGKAP BERSENJATA MENDARAT & "BERKUBU" DI KAMPUNG TANDAU KIAN MENAMPAKKAN ASAS SETELAH AKHBAR "THE PHILIPPINE STAR" MENDEDAHKAN SULTAN SULU DIPENGARUHI OLEH PEMIMPIN BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF) NUR MISUARI YANG JUGA MERUPAKAN RAKAN BAIK ANWAR & DILAPORKAN PERNAH BERJUMPA SEBELUMM KEJADIAN INI BERLAKU! MUNGKIN PERTEMUAN MEREKA BERDUA SEBELUM KRISIS INI TERJADI ADALAH SECARA KEBETULAN, NAMUN BUAT RAKYAT MALAYSIA, APABILA IANYA MELIBATKAN ANWAR IBRAHIM, TIADA APA TIAK MUSTAHIL! KEKEKE!!!-

Akhbar berpengaruh Filipina The Philippine Star melaporkan pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan beberapa orang lagi sebagai 'dalang' yang mempengaruhi 'Sultan Sulu' Jamalul Karim.

Akhbar tersebut memetik sumber pejabat Presiden Filipina yang mengatakan selain Nur Misuari, turut terlibat dengan komplot tersebut adalah bekas penasihat keselamatan, Noberto Gonzales; bekas wakil rakyat Tarlac, Jose Cojuangco dan calon senator, Margarita Cojuangco.

Pada 14 Febuari lalu sekumpulan individu asing mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu bersenjata memasuki Lahad Datu dan mengemukakan tuntutan mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Ketua kumpulan tersebut dipercayai adik kepada lelaki yang dikenali sebagai Jamalul Karim yang mendakwa beliau merupakan 'Sultan Sulu'.

Nur Misuari merupakan seorang bekas pensyarah memimpin MNLF yang semakin tidak relavan di Selatan Filipina yang kini dikuasai oleh kumpulan MILF pimpinan Murad Ibrahim.

MNLF pernah terlibat dengan rundingan damai pada tahun era 90-an sebelum ia gagal berikutan kelompok besar keluar dari kumpulan itu dan menubuhkan MILF.

Nur Misuari pernah menjadi gaboner Selatan Filipina sebelum dipecat kerana penyelewengan kuasa dan rasuah.

Sementara itu seorang pegawai kanan MNLF menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu.

Anggota kanan Jawatankuasa Pusat MNLF, Habib Mujahab Hashim, berkata anggota pertubuhan itu juga tidak diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Kami cuma menyokong cadangan penyelesaian secara aman daripada Sultan Jamalul Kiram melalui rundingan bagi menamatkan kebuntuan di Lahad Datu,” katanya dipetik The Philippine Star.

Kenyataan Habib Mujahab itu dibuat bagi menafikan kenyataan terdahulu oleh Pengarah Politik MNLF mengenai keadaan di Sabah.

Dalam kenyataan itu, Gapul Hadjirul berkata, MNLF diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemelut di Lahad Datu belum menampakkan penyelesaian.

Habib Mujahab berkata, pemimpin tertinggi MNLF juga tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggotanya untuk bersiap sedia.

“Selain menyokong cadangan penyelesaian melalui rundingan dibuat Jamalul Kiram, MNLF menafikan kenyataan sebelum ini,” katanya.

Menurut Habib Mujahib, mengarahkan anggota MNLF ke Sabah hanya akan merumitkan keadaan.

Semalam, MKINI telah melaporkan kumpulan penceroboh tersebut yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.

"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.

"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak niat untuk menyerah diri.

Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi amaran terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi beliau berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga keadaan itu diselesaikan."

Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa kumpulannya yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah - tidak berniat untuk mencetuskan konflik.

Mengenai bekalan makanan untuk kumpulannya, Azzimudie berkata kepungan ketat pasukan tentera sekitar Kampung Tanduo telah dihalang penghantaran makanan menyampaikan, sambil menambah: "Kami, rakyat Suluk, sudah biasa hidup dalam hutan". (MKINI)

Dalam hal yang berkaitan, Bernama melaporkan risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.

"Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.

Hamza berkata pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam.

"Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan).

"Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya.

Hamza berkata sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil.

Sulu berterusan stand-off di daerah pantai timur Sabah kekal tidak berubah bagi minggu ketiga pada hari Khamis.

Banyak laporan telah muncul serangan dekat oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan itu. Satu laporan mendakwa bahawa beberapa orang askar datang dekat ke Kampung Tanduo mana pengikut Kesultanan Sulu berlubang.

Kehadiran berat anggota keselamatan telah diperhatikan di pelbagai lokasi strategik sekitar kampung tepi pantai Rabu malam.

Sabah polis juga enggan mengulas jika tembakan telah dilepaskan di kawasan itu pada petang Rabu walaupun penduduk kampung berdekatan mendakwa telah mendengar mereka.

Kumpulan pemimpin Rajah Muda Azzimudie Kiram memberitahu Filipina media bahawa lelaki itu telah melepaskan tembakan amaran selepas mengesan apa yang dia mendakwa enam anggota keselamatan Malaysia memasuki kampung tersebut.

Walaupun mendakwa untuk datang ke Sabah dalam keadaan aman damai, Azzimudie memberi amaran bahawa pengikut-pengikutnya bersedia untuk "berjuang untuk kematian" jika diprovokasi.

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®