Thursday 14 March 2013

MALAYSIA KEJAM SEMASA PENGUSIRAN PENGGANAS SULU?

-NI SEMUA GARA-GARA SI KIRAM III YANG GILA MENGAKU NEGARA ORANG TU TANAH NENEK MOYANG DIER YANG PUNYER! BANYAK LAH NENEK KO PUNYER TANAH KIRAM III, KO INGAT SIKIT TANAH YANG KO PERLUKAN HANYALAH YANG SEDALAM ENAM KAKI TU! SENDIRI MAU INGAT! KEKEKE!!!-

Kerajaan Malaysia sekeras-kerasnya menolak dakwaan media Filipina kononnya berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, Kementerian Luar, dalam kenyataan malam Rabu, berkata dakwaan yang disiarkan oleh akhbar 'Inquirer' pada 9 dan 10 Mac lepas, didapati tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

"Dakwaan yang dilaporkan itu adalah rekaan pembohongan oleh mereka yang berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina," katanya.

Akhbar itu mendakwa pasukan keselamatan negara bertindak kejam dengan menyasarkan warga Filipina keturunan Suluk dan Tausug di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Kenyataan itu menyebut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, yang terbabit dalam operasi itu, telah menafikan dakwaan itu dan perkara itu turut disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kementerian itu berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus bertindak mengikut undang-undang dalam negara dan antarabangsa dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Tidak perlu diingatkan bahawa kumpulan pengganas itu telah melakukan tindakan keganasan dengan pembunuhan kejam dan kekejaman di Lahad Datu dan Semporna," katanya.

Kenyataan itu menyebut langkah perlu akan diambil bagi memastikan keperluan kemanusiaan semua orang awam di kawasan berkenaan akan ditangani sepenuhnya.

Pihak berkuasa Malaysia dengan sokongan padu semua rakyat Malaysia, akan kekal berdiri teguh dalam usaha melindungi keamanan dan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara, katanya.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®