Wednesday, 20 March 2013

LAPAN PENGGANAS SULU DIDAKWA DI MAHKAMAH

-MEREKA DISYAKI MELANCARKAN PERANG TERHADAP YANG DIPERTUAN AGONG! PADAN MUKA MEREPUT DALAM PENJARA SEBELUM MENGHADAPI HUKUMAN BUNUH! KEKEKE!!!-

Salah seorang pengganas di iringi polis
Seramai lapan orang dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan mStar, dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.

Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.

Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).

Setakat Selasa, sejumlah 107 orang ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.

Sementara itu, kesemua 28 mayat pengganas Sulu yang disimpan di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara dituntut oleh waris mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengebumian sementara itu akan dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di kedua-dua hospital tersebut selain mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul.

Khalid yang tidak mendedahkan lokasi pengebumian itu berkata, ahli keluarga yang menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan bukti sampel DNA mereka sepadan dengan pengganas yang terbunuh sebelum mayat itu diserahkan.

"Bagi mereka yang menuntut dari luar negara seperti Filipina mereka boleh mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Luar untuk urusan terbabit. Manakala bagi mereka yang berada di dalam negara boleh pergi ke balai polis," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat di sini, Rabu.

Mengulas mengenai Ops Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan masih menerusikan operasi memburu saki-baki pengganas bersenjata di kawasan Kg Tanjung Batu.

Operasi tersebut dijangkan akan diteruskan selama beberapa hari lagi.

"Kami ingin memastikan bahawa kawasan itu selamat sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah mereka," katanya.

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®