Saturday, 9 March 2013

BERITA SEKUMPULAN 700 MILITAN MENCEROBOH SABAH TIDAK BENAR!

-BERKEMUNGKINAN TERDAPAT MUSLIHAT TERTENTU DISEBALIK BERITA ANGIN YANG DISEBAR MENERUSI MEDIA SOSIAL & SMS YANG JUGA MEMINTA PIHAK POLIS BERHATI-HATI & MENINGKATKAN KAWALAN! WALAU APAPUN, KEADAAN KESELAMATAN & KEAMANAN DIKAWASAN PANTAI TIMUR NEGERI IN TERKAWAL & ORANG RAMAI TIDAK PERLU CEMAS-

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam menafikan khabar angin yang disebarkan mengenai sekumpulan penceroboh militan seramai 700 orang akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, yang kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah sama sekali tidak benar.

"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

Gambar dalam Ops Daulat
"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya ambil menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.

Dalam perkara yang berkaitan, Ismail mendedahkan yang Pasukan Keselamatan telah menahan lebih 50 suspek setelah disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan kumpulan pengganas bersenjata yang menceroboh Sabah baru-baru ini. 

Dia berkata,  kesemua suspek yang ditangkap di luar kawasan operasi Op Daulat bakal didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 dan siasatan yang akan kami jalankan ke atas mereka akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang telah kami peroleh.

Dalam perkembangan yang sama, Jeneral Zulkifeli menjelaskan, tidak menerima sebarang maklumat dari Wisma Putra berhubung tindakan sekumpulan penjenayah yang telah menyerah diri.

"Dari pagi tadi saya tidak menerima apa-apa berita bahawa mereka akan menyerah maka, kita masih teruskan operasi kerana kami percaya baki kumpulan itu masih berada di beberapa tempat," katanya.

Gambar dalam Ops Daulat
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang juga berada di sidang akhbar tersebut menambah setakat ini jumlah keseluruhan tangkapan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan adalah seramai 79 orang saspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Februari lepas.

Mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna, katanya namun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. 

"Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Ops Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya lagi.

Setakat ini, laporan yang direkodkan sejak bermulanya insiden pencerobohan tersebut mendapati seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®