Friday, 15 March 2013

BELUM DIBICARA, ANWAR BAGAIKAN SUDAH MENGAKU SALAH DALAM INSIDEN LAHAD DATU?

-BERANI KERANA BENAR, KECUT TELUR KERANA SALAH, HADAPILAH SEGALANYA SEBAGAI ANAK JANTAN, JANGAN NAK BERDALIH MEMBERI SERIBU ALASAN, KAN GITU BANG ANU? KEKEKE!!!-

Serata blog dan Facebook pecacai, mula bercakap tentang nasib malang yang bakal menimpa Anwar Ibrahim. Meskipun, Kerajaan Malaysia belum pun membuat sebarang keputusan untuk melakukan siasatan siapa sebenarnya yang menjadi dalang kepada pencerobohan lanun-lanun Sulu di Sabah.

Menurut nukilan rakan blogger The Flying Kick, beberapa portal dan agensi berita asing telah melaporkan kaitan Anwar Ibrahim dengan lanun-lanun Sulu tersebut ketika pertempuran antara lanun-lanun Sulu itu dengan pasukan keselamatan Malaysia sedang memuncak.

Semasa REUTERS melaporkan kaitan Anwar Ibrahim dengan lanun-lanun Sulu tersebut, Anwar Ibrahim membuat penafian dan kemudian mengaitkan laporan agensi berita asing yang amat digemari oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, dengan UMNO.

Katanya, UMNO yang membuat laporan dengan menggunakan REUTERS.

Namun setelah beberapa laporan daripada portal-portal berita terutama dari Filipina dan Kanada disiarkan, Anwar Ibrahim jelas terduduk dan mati kutu. Sebaliknya para pecacainya terpaksa menggunakan pelbagai helah lain untuk mengalihkan perhatian, termasuklah menggunakan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim untuk cuba mengejutkan seluruh negara dengan pengakuan kononnya anaknya tidak diliwat, sebaliknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan Malaysia semata-mata untuk memalukan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hujah Azlan Mohd Lazim itu tidak menjadi. Sebabnya, tidak lama selepas dia mengadakan sidang media, anaknya, Saiful Bukhari Azlan pula membuat sidang media dan dalam sidang media berkenaan menyatakan yang bapanya telah dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Bahkan memberi amaran kepada Anwar Ibrahim agar TIDAK MENGGUNAKAN WANG untuk mendapat sokongan kepadanya.

Isu berkenaan mati begitu sahaja!

Menyedari keadaan tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim, apatah lagi tindakan pantas pihak berkuasa terhadap Tian Chua setelah beratus-ratus laporan polis dibuat apabila Naib Presiden PKR itu menghina kematian dua orang anggota polis, Azmin Ali yang telah dimalukan oleh adik kandungnya sendiri dalam isu gambar lakonan dia membelai ibunya yang sedang sakit, Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan orang yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim itu cuba mendapatkan simpati daripada rakyat Malaysia sepertimana yang telah dilakukan pada tahun 1998 dahulu.

Malangnya, sekarang bukan lagi tahun 1998. Sekarang adalah tahun 2013 di mana segala maklumat boleh diakses dengan mudah dan cerita tentang Anwar Ibrahim serta konco-konconya tidak lagi berlegar di kalangan inner-circle sahaja, sebaliknya tersebar secara meluas menerusi media.

Bagaikan sudah menjangkakan bahawa jikalau Anwar Ibrahim diseret ke mahkamah, bukan lagi tuduhan hasutan yang dikenakan kepadanya, sebaliknya tuduhan khianat dan menderhaka kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang membawa kepada hukuman mati, Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan beberapa orang pemimpin PKR cuba mencetuskan satu gelombang baru di kalangan penyokong dan rakyat Malaysia agar segera membantu Anwar Ibrahim.

Siasatan belum pun dibuat. Anwar belum pun dipanggil tetapi nampaknya Azmin Ali dan konco-konco Anwar Ibrahim sudah mula gelabah tahap biawak lapar.

Apakah kegelabahan dan kepanikan yang ditunjukkan oleh Azmin Ali dan konco-konconya itu menandakan yang mereka tahu, perancangan menggunakan lanun-lanun Sulu telah gagal, sekaligus bakal menyeret dan menghapuskan Anwar Ibrahim daripada senarai ahli politik negara?

Ramai juga yang sudah membuat andaian, akan ada sesuatu yang LEBIH BESAR akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk menghalang perlaksanaan undang-undang terhadapnya sekaligus menyentakkan rakyat Malaysia selepas kegagalan lanun Sulu.

Tetapi yang pasti, sekarang ini Anwar Ibrahim cuba menimbulkan rasa bersalah kerana segala-galanya dikaitkan dengan dirinya walaupun dia sedar, segala-galanya adalah berpunca daripada kerakusannya untuk menjadi Perdana Menteri. Segala kekacauan di dalam negara ini, adalah bermula daripada Anwar Ibrahim yang tidak berpuas hati kerana tidak menjadi Perdana Menteri sebaik-baik sahaja PRU12 selesai!!!

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®