Tuesday, 19 March 2013

ANWAR MEMANG SUKA MAIN "PAKSA-PAKSA" ORANG!

 -TAK MALUKAH BANG ANU? ORANG DAH "TAK NAK" AWAK, MASIH TERHEGEH-HEGEH  MEMBAWA MUKA TAK MALU KE RUMAH ORANG? OH YA! ISTILAH MALU TAK ADA DALAM KAMUS BANG ANU KAN? MASAKAN TIDAK TERKELUAR VIDEO "STIM CIUM KETIAK III" TU KAN? KEKEKE!!!-

Menteri Perumahan dan Perlancongan Sarawak Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menyifatkan "kedatangan yang tak di undang" Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rumah Badeng, Sungai Asap di Belaga semalam sebagai satu tindakan yang tidak sensitf kepada kehendak rakyat.

"Jika majoriti orangramai dah tak mahu kehadiran anda di sesuatu tempat mengapa anda mahu memaksa mereka menerima anda? Kita orang Sarawak, orang Malaysia yang mengamal tradisi dan kaya dengan budaya menghormati orang lain, mengapa harus "merempuh" masuk ke rumah orang yang tidak menyukai kita?"

Zohari, yang juga ADUN Satok di temui pemberita semalam ditanya mengenai tindakan Anwar Ibrahim yang seakan memaksa kehadirannya memberi ceramah di Belaga sedangkan komuniti Orang Ulu disana membantah kehadirannya dengan merentang sepanduk bantahan malah memberi amaran kepada penganjur akan memboikot majis tersebut sekiranya Anwar datang.

"Bagilah salam dulu sebelum nak masuk rumah orang, kalau orang benarkan baru masuk tapi kalau orang tak sudi, pandai-pandailah bawa diri balik jangan ikut suka hati dia saja dan main redah masuk orang, itu bukan budaya kami di Sarawak."

Menurut kata rakan blogger ASAP-KOYAN 2U yang berada di Belaga membuat liputan ceramah Anwar, beberapa orang pemimpin termasuk ketua rumah blok dimana ceramah itu di adakan; Andrew Balan telah awal-awal lagi "melarikan diri" ke Tasik Bakun demi menghindari Anwar Ibrahim.

Anwar yang dijemput oleh calon PKR Hulu Rejang Abun Sui Anyit pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang untuk memberi ceramah telah mendapat bantahan yang hebat dari penduduk setempat dan ceramah tersebut dikatakan tidak mempunyai permit polis mahunpun maklumann keada pihak polis akan majlis tersebut.

Difahamkan, daripada 100 yang hadir pada ceramah tersebut, tiga perempat (75 orang) adalah penyokong yang terpaksa "diimport" dari Suai dan Miri manalkala lebih kurang 25 yang lain adaah penduduk setempat dan ini dilakukan hanya untuk satu tujuan iaitu untuk membuat majlis tersebut nampak "lebih meriah" untuk dijaja balik ke Semenanjung!

"Sebagai bekas ketua pemuda entiti persatuan Islam (ABIM), Anwar sepatutnya bijak dan sensitif kepada kemahuan orangramai namun sebaliknya bertindak memaksa mereka menerima kehadirannya dan ini jelas menunjuk sikap sebenarnya," kata Zohari secara sinis sambil memberi senyuman yang penuh makna.

Berikutan adalah laporan rakan blogger ASAP-KOYAN 2U yang juga ahli team Bloggers Anak Sarawak™® yang sudah disunting- 

Semua pengikut PKR yang membawanya ke Rumah Badeng pada tahun 2008 dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu tidak kelihatan malahan ramai diantara sudah keluar dari PKR. 

Oleh itu, sambutan oleh penduduk Rumah Badeng sangat suram dan menurut rancangan PKR sebelum ini, Ceramah Perdana ini sepatutnya diadakan di Rumah Ketua PKR Cabang Rumah  Badeng Encik Lee namun telah ditolak mentah-mentah.

Ceramah tersebut kemudiannya di pindahkan ke Blok C namun penduduk sana juga menolak dan biarpun Abun Sui Anyit merayu dan cuba meminta simpati Blok D, permintaannya juga telah ditolak oleh Ketua Blok D! Orang Ulu yang terkenal dengan pegangan kuat terhadap agama mereka menolak saspek peliwat macam Anwar!

Alangkah memalukan Ceramah Perdana oleh Ketua Pakatan ditolak-tolak seperti ini dan difahamkan juga lokasi ceramah Anwar terpaksa ditukar beberapa kali berikutan bantahan penduduk. 

Ceramah yang pada asalnya sepatutnya diadakan di Rumah Bakah terpaksa dipindahkan ke Rumah Badeng kerana penduduk Uma Bakah telah menolak dan memboikot apa saja program PKR dan ini terbukti semalam apabila tiada seorangpun kelibat penyokong PKR dari Uma Bakah hadir dalam ceramah Anwar semalam walaupun jarak Uma Bakah dan Uma Badeng boleh jalan kaki. 

Kumpulan hadirin yang hadir ke ceramah ramai dari luar Rumah Badeng dan Asap dimana mereka yang didatangkan dari Suai, Miri untuk menambahkan kemeriahan majlis tersebut namun pada hakikatnya ketua Blok atau ketua rumah bilik tempat ceramah langsung tidak kelihatan.

Abun Sui Anyit nyata kelihatan semakin terdesak untuk mencari penyokong-penyokongnya untuk mengembirakan hati Anwar pada majlis tersebut namun jelas ramai penyokong kuat PKR sebelum ini telah muak melihat muka Anwar Ibrahim!

Apa yang kita dapat pelajari dari perkara ini adalah kita kena seharusnya mempraktikan dan kembali semula ke tradisi, adat dan budaya kita yang menjadi panduan kepada struktur sosial komuniti yang harus di hormati dan trend politik yang dibawa oleh PKR langsung tidak berpandukan strutur sosial masyarakat di Sarawak ini.

Apapun ceramah semalam tidak mungkin membawa kesan kepada pengundi Rumah Badeng sama dengan lawatan Anwar kali pertama dulu pada tahun 2008, Rumah Badeng dan majoriti masyarakat Orang Ulu secara umunya tetap menyokong Kerajaan Barisan Nasional.

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®