Saturday, 16 March 2013

ANWAR JANGKA DIRINYA AKAN DIDAKWA ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

-ANWAR MENDAKWA DIRINYA TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG MENGAKU SEBAGAI SULTAN SULU TAPI TIDAK PULAK MENJELASKAN MOTIF PERTEMUANNYA DENGAN NUR MISUARI YANG ADA KAITAN DENGAN PIHAK YANG MENGAKU SEBAGAI SULTAN SULU, IAITU JAMALUL KIRAM III, DALANG PENCEROBOHAN KUMPULAN PENGGANAS SULU DI SABAH SEPERTI YANG TELAH DISAHKAN OLEH PIHAK RISIKAN FILIPINA!-

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan yang dirinya akan didakwa berhubung dakwaan penglibatannya dengan insiden penceroboh pengganas Sulu bersenjatapi di Lahad Datu, Sabah.

“Tadi (Naib Presiden PKR) Tian Chua kena dakwa..(akta) hasutan..Kemudian semalam (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) dipanggil dengan Suruhanjaya Komunikasi..Dengar-dengar saya pula..,” katanya namun menegaskan bahawa dirinya tidak gusar untuk berdepan dengan perkara yang disifatkannya sebagai fitnah.

Selain menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah, Ketua Umum PKR itu turut menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan dengan mana-mana pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu tapi sebaliknya Umno yang mengiktiraf Kesultanan tersebut apabila kerap menjemput wakilnya menghadiri Persidangan Agung mereka.

“Kalau saya terlibat, saudara tahu saya (akan) lawan..tapi tak betul..saya tak pernah jumpa Sultan Sulu. Sultan Sulu itu mari Perhimpunan Agung Umno..dia tak pergi Muktamar PAS ataupun Konvensyen PKR..tidak..Dia pergi Persidangan Agung Umno," ujarnya lagi sewaktu berceramah di Kampung Cempaka, Lancang, Syah Alam semalam.

"Tapi apakah kita katakan Umno terlibat? Kita tak kata..Umno jumpa Sultan Sulu. Apa yang kita sahkan? Umno jumpa Sultan Sulu..Umno ambil orang Sulu jadi rakyat dan minta jadi ahli Umno..itu sah..tapi kita tidak tuduh Umno terlibat dalam keganasan. Jadi puak ini ‘malaon’ sungguh..Dia boleh fitnah mudah-mudah,” ujar beliau.

Mahkamah semalam menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan kes Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang dihadapkan dengan tuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.

Namun Tian, yang didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.

Sehari sebelumnya, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung siasatan konflik di Lahad Datu itu dilaporkan hadir bersama peguamnya memberi keterangan kepada suruhanjaya itu di Cyberjaya pada pukul 2.30 petang walaubagaimanapun, menurutnya tiada makluman secara khusus mengapa beliau dipanggil untuk memberi keterangan.

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®