Sunday, 17 February 2013

ROS DAH BOLEH SIASAT KES "SALAH KIRA" UNDI CEC DAP!

-AIYA APEK GUAN ENG! APA MACAM SIKALANG O? ITU ROS SULAH MAHU SIASAT KITA O? MACAMANA BOLEH DAP "SALAH KIRA" UNDI? KEKEKE!!!-



Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP berikutan parti tersebut gagal mengemukakan laporan ekoran kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam dipetik oleh KL Pos berkata tarikh akhir bagi DAP mengemukakan laporan adalah pada Jumaat lepas.

"Saya dimaklumkan ROS sekarang ini sudah boleh membuat siasatan kerana laporan berkaitan DAP ini dibuat semalam.

"Cuma saya difahamkan mungkin ada isu lain yang boleh disiasat ROS, kesahihan jawatan-jawatan tertentu dalam DAP, pemilhan didalam proses mereka memilih pemimpin," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia (Semenanjung) di Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum ini, DAP diberi 60 hari untuk mengemukakan laporan kepada ROS selepas keputusan pemilihan CEC parti itu menimbulkan banyak kontroversi.

Berikutan itu, beberapa ahli DAP membuat aduan kepada ROS dengan mendakwa keputusan pilihan raya parti itu telah dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®