Monday, 18 February 2013

KRISIS LAHAD DATU, PENCEROBOH DIKATAKAN BERSETUJU BERUNDUR TAPI ADA SYARAT!!!

-PDRM, DIIFAHAMKAN SEDANG MENJEJAKI BEBERAPA INDIVIDU YANG INGIN DITEMUI OLEH KUMPULAN PENCEROBOH TERSEBUT SEBELUM "MENGUNDUR DIRI" NAMUN SENARAI IDENDITI MEREKA YANG INGIN DITEMUI OLEH KUMPULAN TERSEBUT TIDAK DIDEDAHKAN!-


Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tandou bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata pihaknya sedang berusaha untuk mereka (kumpulan penceroboh) berjumpa dengan individu berkenaan.

Menurut sumber NavyTheBest, pihak PDRM masih lagi meneruskan usaha-usaha untuk memastikan mereka dihantar pulang ke Filipina. 

Sultan Muedzul Lail T Kiram, Sultan Sulu yang ke 35 membawa Kris Perak, simbol kuasa Sultan
Apa yang pasti tiada perundingan akan dilaksanakan dengan mereka kerana apa yang mereka tuntut di landasan yang salah dan meminta mereka mengemukakannya dalam forum tertentu.

Barisan hadapan: ketiga bapa saudara Sultan Muedzul: dari kiri ke kanan Agbimuddin "Puing" Kiram (ketua yang mendarat di Sabah), Jamalul Kiram III dan Esmail Kiram II
Keadaan di kawasan krisis adalah terkawal dengan pasukan keselamatan melakukan kawalan yang ketat terutamanya kawasan tempat mereka melakukan pencerobohan (Kampung Tanduo).

Pendekatan kerajaan dalam menyelesaikan krisis ini melalui jalan rundingan merupakan kaedah terbaik bagi mengelakkan sebarang kejadian atau konflik lain pada masa hadapan.

Sumber maklumat dari Manila Time  juga menyatakan kumpulan ini akan meninggalkan perairan Lahad Datu secepat mungkin.

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®