Sunday, 17 February 2013

ISU PENCEROBOH BERSENJATA DI SABAH MAMPU DISELESAIKAN DENGAN BAIK!

-KITA TAK NAK MANA-MANA PIHAK TERKORBAN KERANA MEREKA JUGA MANUSIA YANG PERLU DIHORMATI NYAWANYA & JIKA ADA YANG TERKORBAN, AKHIRNYA KERAJAAN & PIHAK BERKUASA YANG JUGA AKAN DITUDUH!-

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau percaya yang dipetik KL Pos berkata pihak berkuasa termasuk polis mampu menangani kes tersebut dan mereka yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu akan dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan selamat.

"Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah.

"Saya tak nak mana-mana pihak terkorban. Mereka juga manusia yang perlu dihormati nyawanya. Jika ada yang terkorban, akhirnya kerajaan dan pihak berkuasa kita juga yang dituduh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Paloh di sini, Ahad.

Majlis turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Hoo Seang Chang; ADUN Kahang R.Vidyanathan dan pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan kerajaan sesekali tidak akan berkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

"Sehubungan itu, dakwaan mengatakan kerajaan sedang mengatur sesuatu tentangSabah adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau juga sekali lagi memberi jaminan keadaan di Lahad Datu setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan.

Semalam, Hishamuddin menegaskan yang kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di Sabah dalam kes penahanan sekumpulan warga asing yang cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu 12 Februari lepas.

Beliau berkata, Kerajaan memandang serius hak keselamatan yang melibatkan rakyat di Sabah malah akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan baik.

"Ini (pencerobohan di Lahad Datu) adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan sejak awal lagi tidak akan berkompromi dengan hak keselamatan Sabah dan rakyat di Sabah. Kita dalam proses usir mereka yang terlibat balik ke negara asal.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Luar pagi tadi dan sedang berhubungan secara terperinci bersama kerajaan Filipina.

"Kedua-duanya memaklumkan kepada saya melalui sumber-sumber risikan dan mendapati kumpulan ini bukan kumpulam militan atau penggganas.

"Mereka merupakan penyokong kepada kesultanan Sulu dan harap mereka dapat diusir dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan jiwa mana-mana pihak," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia di sini hari ini.

Hishammuddin turut menggesa mana-mana pihak terutamanya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan mendapatkan perkembangan lanjut daripada Ketua Polis Sabah..

Katanya, Kerajaan kini sedang fokus mengambil langkah tegas dalam mengusir kumpulan tersebut.

"Ini bukan rundingan, ini perbincangan pengusiran, kita tidak kompromi dalam menangani hak rakyat kita di Sabah dan keselamatan Sabah,ujarnya.

Sebelum ini, pihak berkuasa keselamatan berjaya mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®