Wednesday, 13 February 2013

DAP SARAWAK-ANTARA ANGAN-ANGAN & PERMAINAN PERSEPSINYA PR MEMENANGI 10 KERUSI PADA PRU KE-13!

-TANPA MENYEDARI PR SARAWAK SEBENARNYA TIADA MEMBERI APA-APA SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGERI MAHUPUN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGERI INI SELAIN DARIPADA CUBAAN MENCETUS "RASA KEBENCIAN" RAKYAT PADA KERAJAAN MELALUI FITNAH CIPTAANNYA, PEMBANGKANG SEBALIKNYA TANPA SEGAN-SILU BOLEH MENDABIK DADA UNTUK MEMENANGI SATU PERTIGA DARIPADA KERUSI PARLIMEN SARAWAK! SENDIRI MAU INGATLAH! KEKEKE!!!-
  

Keangkuhan dan kebongkakan DAP Sarawak jelas diperlihatkan dengan keyakinan melampau  Setiausaha DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chen Jen dalam kenyataannya baru-baru ini yang Pakatan Rakyat (PR) mampu "menakluki" sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU ke-13 kali ini.

Adakah yang menyebabkan DAP Sarawak begitu yakin? Apakah mereka merasakan racun-racun fitnah mereka sudah meresapi sanubari rakyat? 

Ataupun ini hanya cubaan "menembak dalam gelap" kerana pembangkang memang terkenal dengan "gertakan-gertakan kosong" mereka? 

Seperti "Penipuan yang terbesar dalam sejarah politik Malaysia" yang pernah dilakukan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri yang berbohong mengenai tarikh keramat 16 September 2008 dimana sekumpulan "Ahli Palimen Barisan Nasional (BN) Sarawak" didakwanya  akan "melompat masuk" menyertai pembangkang namun sebaliknya, beberapa MP dan ADUN pembangkang sendiri yang keluar parti, semuanya dek tak tahan dengan pengurusan dan polisi PR!

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila diminta mengulas keyakinan DAP Sarawak untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen Negeri ini semalam menegaskan semua dakwaan pembangkang adalah "permainan persepsi" dan  kempen psikologi ataupun perang psikologi pembangkang maka rakyat seharusnya tidak percaya dan menyerahkan sahaja, malah beliau sebaliknya begitu yakin bahawa BN Sarawak akan melakukan baik dalam PRU tersebut.

"Walaubagaimanapun, BN Sarawak perlu bekerja keras dan tidak dipsiko oleh mereka, menyelesaikan masalah-masalah dalaman dan yang paling penting, bersatu untuk melawan musuh yang sama (pembangkang) dan mesti memenangi pilihan raya dengan tidak dikalahkan psikologi," kata Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong.

"Saya yakin BN akan berbuat baik dan walaupun mungkin terdapat beberapa kerusi yang sukar di kawasan bandar tetapi tetapi sentiasa ada peluang," kata Junaidi ketika dihubungi dan memberi respon pada komen Chong Chen Jen yang PR Sarawak mampu memenangi kerusi Negeri ini namun tidak pula menerangkan dengan spesifik nama-nama kawasan Prlimen yang kononnya "bakal dimenangi" PR.

Junaidi, yang dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimen Santubong dalam PRU ke-13 klak seterusnya menambah,"Itulah yang mereka sentiasa lakukan, iaitu mengatur strategi sebelum menghantar askar ke medan perang sentiasa cuba untuk melemahkan yang lain, menawarkan kekuatan dan jadi janganlah kita terlalu banyak berfikir ini, cuma menumpukan perhatian kepada pembangunan kawasan dan menarik hati pengundi. "

Sehubungan itu, ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee minta mengulas perkara ini mempertikai "ramalan" YB Chong kerana menurut ramalan bekas Menteri Perak Nizar Jamaluddin (PKR)  pula PR akan memenangi 16 kerusi di Sarawak (Sila klik sini). Mana yang betul?

"Chong kata 10 kerusi, sementara Nizar kata 16 kerusi, boleh tak mereka nyatakan secara specifik dan namakan 10 atau 16 kawasan yang mereka jangka akan menang itu," cabar  Annuar ketika dihubungi menerusi media social pagi tadi.

Dengan sinis Annuar menyatakan lagi mungkin DAP yang telah dikenalpasti "tidak begitu mahir mengira" atau lemah dalam matematik seperti mana yang di akui oleh DAP Pusat yang kononnya "tersalah kira" sewaktu  dalam Pilihanraya CEC DAP yang tidak lama dulu.

Sebaliknya, Chong, DAP Sarawak serta PR Sarawak seharusnya jangan menghina kepintaran pengundi-pengundi Sarawak dengan mengada-ngadakan persepsi yang mereka akan memenangi lebih dari sepuluh kerusi Parlimen Negeri ini dalam PRU kelak kerana pada hakikatnya, pengundi-pengundi Sarawak sudah tahu belang sebenar PR yang hanya pandai menabur janji namun nak mengkotakan ia, jauh sekali!


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®