Thursday, 14 February 2013

ANWAR DAPAT MALU LAGI DEK ANUGERAH "HUGUAN SIOU"NYA TAK DIIKTIRAF SABAH

-ADUHAI, SUNGGUH MEMALUKAN BETUL, MANA NAK TARUH MUKA BANG ANU? GELARAN "PEMIMPIN AGUNG ATAU HUGUAN SIOU" YANG DIANUGERAHKAN TEMPOH HARI DIANGGAP TIDAK "TIDAK SAH", BUKAN SAJA BELIAU DIGESA AGAR MEMOHON MAAF DARI SELURUH MASYARAKAT KADAZANDUSUN MURUT SABAH MALAH BOLEH "DISUMPAH" PULA TU .. DAH LE MALU DI SARAWAK (klik sini), KINI DI SABAH PULA, KALAU MACAM TU TAK PAYAH LE KAMU DATANG KE PULAU BORNEO NI LAGI YA! KEKEKE!!!-


Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Suman Yasambun mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memohon maaf daripada semua masyarakat Kadazandusun Sabah yang benar-benar tersinggung kerana gelaran "Huguan Siou" yang bermaksud "Pemimpin Agung" hanya eksklusif dikhaskan hanya kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut yang telah "teranugerahkan" kepada Anwar Ibrahim  semasa lawatan beliau di negeri baru-baru ini dan ianya menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Tindakan PKR Ranau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia adalah tindakan yang menyalahi budaya dan tersasar jauh daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun, katanya lagi sambil menambah ia adalah satu penghinaan yang menyinggung perasaan kaum Kadazandusun Murut dan mengikut amalan, boleh dikuatkuasakan hukum 'solupi', iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalamlingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou.

Pemimpin kanan KDCA yang mewakili 40 kumpulan etnik Sabah menerangkan gelaran "Huguan Siou" adalah institusi yang merangkumkan semangat perpaduan, keberanian dan keazaman Kadazandusun Murut serta penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan.

Menyentuh hal yang sama, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyifatkan pihak yang telah menganugerahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran Huguan Siou sebagai tidak menghormati adat istiadat kaum Kadazandusun Murut dan nerpendapat kemungkinan ada individu bercita-cita menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi individu tersebut tidak sepatatnya menggadaikan maruah bangsa demi kepentingan peribadi kerana ianya tidak menghormati budaya dan adat resam sesuatu komuniti serta implikasinya  menobatkan sesuatu tidak mengikut adat istiadat dan budaya komuniti yang mengangkat gelaran itu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan "insiden tersalah anugerah" gelaran Huguan Siou menunjukkan kejahilan Anwar mengenai budaya pelbagai kumpulan etnik Sabah dan hanya  berminat dengan kuasa politik dan in amat memalukan serta menghina masyarakat Sabah dan seirama dengan Suman, beliau juga mendesak Anwar memohon maaf secara terbuka kepada kaum Kadazandusun Sabah.

Pada pandangan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berpendapat gelaran Huguan Siou dianggap 'suci' oleh komuniti KDM dan hanya boleh diberi kepada kalangan komuniti berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama serta budaya dan rakyatnya perlu saling menghormati sensitiviti adat dan budaya satu sama lain.

Perkara ini tidak dapat diterima daripada seseorang yang berpengalaman dalam politik dan kerajaan seperti Anwar melainkan dia sengaja buat-buat jahil atau memang tidak sensitif kepada perasaan kaum-kaum yang lain, katanya sambil menambah gelaran Huguan Siou sepatutnya tidak digunakan sebagai alat politik untuk memenuhi agenda seseorang dan pihak yang memberi gelaran tersebut ada kemungkinan cuba meraih kepentingan politik.

Biar apapun fahaman politik, perbezaan dan perselisihan, masyarakat Sabah seharunya bersatu dalam mengiktiraf serta menghormati warisan dan adat budaya kita dan sebarang tindakan yang dianggap memperkecilkan institusi Huguan Siou adalah satu tindakan memperkecilkan warisan budaya Sabah, dan menambah agenda politik perlu sentiasa memberi laluan dengan mengutamakan kepentingan masyarakat negeri itu, tegas Masidi.

Bantahan-bantahan dari pemimpin tertinggi Kadazandusun Murut Sabah adalah rentetan dari penganugerahan gelaran tertinggi bangsa mereka kepada Anwar Ibrahim oleh ahli-ahli PKR Cabang Ranau pada lawatannya di negeri Sabah ada hari Ahad yang lepas di mana Anwar telah dianugerahkan sehelai kain selempang dan ini telah membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat Kadazandudun Murut selain mendakwa hanya persatuan KDCA Sabah sahaja yang berhak melantik individu yang layak.

Setakat ini, ini hanya ada seorang sahaja Huguan Siou di Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan pengisytiharan Anwar sebagai Huguan Siou adalah penghinaan kepada komuniti Kadazadusun Murut Sabah. 

-UnReportedNews™®

Artikel berkaitan: ANWAR KECIWA PAKATAN RAKYAT DIHALAU DARI SABAH

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®