Monday 21 January 2013

ROYALTI MINYAK SARAWAK 20 PERATUS? PAKATAN JANGAN NAK MEMANDAI!

-PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT SARAWAK, JADI RAKYAT SARAWAK DISARAN JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN HASUTAN PAKATAN! DENGAR TU? DENGAN ERTI KATA LAIN, JANGANLAH NAK MENYIBUK! KEKEKE!!!-
 
Kerajaan Negeri Sarawak kini masih dalam proses rundingan dengan pihak yang berkaitan, berbincang mengenai "pembahagian keuntungan" berikutan penemuan terbaru minyak dan gas di Miri, Sarawak baru-baru ini.
 
Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Haji Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata demikian sambil menambah sekiranya rundingan tersebut mencapai kata sepakat, Sarawak akan mendapat "lebih banyak manfaat" daripada 20 peratus royalti minyak yang patut dituntut oleh kerajaan sepertimana gesaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
"Rakyat diminta janganlah mudah terpengaruh oleh hasutan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, terutama pihak pembangkang yang menggesa Sarawak sepatutnya mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus berbanding dengan lima peratus yang diterima kini, lebih-lebih lagi dengan penubuhan minyak dan gas baru-baru ini di Miri."
 
Mengingatkan rakyat bahawa objektif utama pembangkang dengan memainkan isu royalti minyak adalah hanya untuk mewujudkan rasa tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap kerajaan, Johari menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak tahu apa yang terbaik untuk rakyat Sarawak.
 
"Pemimpin-pemimpin Negeri kini masih dalam proses perbincangan dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan satu "formula" dimana situasinya akan memberi kebaikan kepada semua pihak dan sekiranya mendapat kata persetujuan, Sarawak akan mendapat lebih banyak lagi manfaat berbanding jika hanya diberi 20 peratus royalti minyak."
 
"Apa yang Petronas lakukan kini adalah amalan korprat biasa, walaubagaimanapun, buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran mendalam mengenainya kerana seperti yang saya katakan tadi, perkara ini masih dalam proses rundingan," katanya lagi sambil menambah bahawa beliau juga tidak dapat menentukan tempoh masa apabila rundingan tersebut kerana sesetengah proses rundingan mengambil masa yang lama hingga berbulan-bulan, malah ada juga yang sampai bertahun-tahun.
 
Terdahulu pada sebelah pagi, ADUN Ba'kalalan dan juga Ketua PKR Negeri Baru Bian semasa satu sidang akhbar yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menyaran agar Kerajaan Negeri sepatutnya menuntut 20 peratus royalti minyak dari Petronas berikutan perkembangan penemuan gas dan minyak terbaru di Miri.
 
Johari, yang juga ADUN Satok berkata ini pada sidang akhbar selepas merasmikan dewan serba guna SK Rakyat yang bernilai RM350,000 di Jalan Haji Bolhassan berhampiran bandar di sini petang semalam.
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®