Wednesday, 26 December 2012

SABOTAJ BEKALAN AIR DI LAWAS? KERAJAAN HARUS AMBIL TINDAKAN DRASTIK!!!

-PENDEDAHAN JURUTERA JKR LAWAS NORMAN JAN MENGENAI WUJUDNYA UNSUR-UNSUR SABOTAJ DIKALANGAN KAKITANGAN JKR LAWAS SENDIRI HARUS DIAMBIL SERIUS .. "PARASIT-PARASIT" SEBEGINI HARUS MENERIMA TINDAKAN YANG SEWAJARNYA .. JANGAN KERANA MEREKA, USAHA KERAJAAN MEMBAWA PEMBANGUNAN TERGENDALA .. KALAU DAH BENCI DENGAN KERAJAAN, CARI KERJA LAIN! TAK GITU? KEKEKE!!!-

Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas mengenal pasti wujud unsur sabotaj menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan secara terus ke kawasan sepanjang Jalan Punang di sini sehingga menyukarkan penduduk mendapatkan bekalan air sejak sekian lama.
 
Jurutera JKR Lawas, Norman Jan ketika mendedahkan perkara itu berkata tindakan sabotaj itu dipercayai dilakukan pihak bekalan air JKR Lawas sendiri yang menutup kunci air di saluran batang paip ke Punang.
 
"Kita mendapati ada penglibatan kakitangan pihak bekalan air JKR Lawas itu sendiri yang menutup kunci air di saluran batang paip ke kawasan Punang.
 
"Pihak kita telah mengenal pasti dan berdasarkan bukti kukuh, beberapa orang telah pun diambil tindakan untuk dibuang kerja," katanya semasa lawatan kerja ke kawasan itu bersama Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agung semalam.
 
Norman berkata, isu bekalan air bersih ke kawasan Punang dan sepanjang Jalan Punang di daerah ini sememangnya mendapat perhatian serius JKR Lawas termasuk melakukan tindakan drastik khusus untuk mengenal pasti masalah utama yang membelenggu penduduk di kawasan tersebut.
 
"Selain berpunca daripada kebocoran saluran paip lama yang menyebabkan tekanan tidak sampai ke hujung Kampung Punang, unsur sabotaj juga menyebabkan penduduk tidak dapat menikmati kemudahan air bersih.
 
"Perbuatan tersebut amat serius kerana seseorang kakitangan awam sama ada peringkat rendah atau sebaliknya harus menunjukkan budaya kerja yang baik dan mempunyai pemikiran positif," tambahnya.
 
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan masyarakat di tempat atau kawasan mereka bertugas.
 
Norman turut memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang melakukan perbuatan khianat sama ada kepada pihak kerajaan mahupun rakyat sendiri.
 
Sumber: Borneo Post Online

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®