Sunday, 30 December 2012

"RANCANGAN JAHAT" NIK AZIZ TERHADAP PAKATAN KANTOI?!!

-TINDAKAN NIK AZIZ MEMBERI TANAH REZAB ORANG MELAYU KEPADA "ORANG LUAR"/BUKAN ANAK JATI KELANTAN TANPA KELULUSAN EXCO JELAS MELANGGARI UNDANG-UNDANG TANAH NEGERI ITU .. ATAUPUN IANYA SEMEMANGNYA DISENGAJAKAN TAHU TANAH TERSEBUT DAPAT DIRAMPAS KEMBALI MELALUI UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA! BUROK SIKU LAH KALO MACAM TU POK NIK! KEKEKE!!!-

Hah!!! Ni apa hal pulak puak - puak Pakatan nak tuduh Si Nik Aziz tu ada muslihat dan agenda Politik? Berani betul diorang buat dakwaan macam tu.
 
Sengaja cari maut ke diorang ni? Takkan la diorang tak tau yang Si Nik Aziz tu maksum orangnya. Mana boleh dia ada muslihat yang tersembunyi.
 
Apa, diorang ni tak nak masuk sorga ke dengan buat dakwaan sedemikian? Berani sungguh diorang tikam belakang Mursyidul Am PAS tu ye.
 
Jangan pening. Pakatan ni bukan la Pakatan Pembangkang Haramjadah tu. Diorang pun memang tak peduli sangat dengan Si Nik Aziz tu sebenarnya.
 
Apa yang penting bagi diorang ialah untuk mencari Kebenaran. Itu pasal la diorang berani nak mempertikaikan tindakan Si Nik Aziz tu secara terang - terangan macam ni.
 
Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang Haramjadah tu, jangan mimpi la!!! Kalau setakat cakap belakang - belakang je buat apa. Mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
[Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negeri dan anak-anak Kelantan.
 
Presiden Persatuan Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darul Naim), Datuk Noordin Razak berkata, dakwaan itu juga amat memalukan dan mengaibkan anak-anak Kelantan.
 
Beliau berkata, dakwaan itu sekiranya benar menunjukkan kerajaan Pas terdesak untuk mendapatkan sokongan sekutunya DAP bagi memperkuatkan pakatan mereka dalam usaha merampas kuasa pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.
 
"Saya percaya jika tidak ada pakatan pembangkang, perkara ini tidak berlaku, mesti ada muslihat dan agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
 
Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
 
Namun, Nik Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
 
Mengulas lanjut, Noordin berkata, berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada kelulusan daripada Exco.
 
"Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan dengan parti yang memerintah negeri," katanya.]
Sumber: Semut Hitam

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®