Thursday, 27 December 2012

RAFIZI, "PAKAR STRATEGI" PKR YANG SEMAKIN MERUNDUM!!!

-ITU SENGAT SUDAH TIDAK ADA BISA OO .. PATUTLAH RAFIZI PERGI KE SARAWAK CUMA 40 ORANG YANG HADIR KE CERAMAH! TAKDE PELUANGLAH NAK JADI CALON PRU KE-13 NIH.. KEKEKE!!!-

Rafizi Ramli, satu nama yang cukup gah dengan memiliki kebolehan mengesan sebarang bentuk penyelewengan mahupun skandal yang boleh diklasifikasikan sebagai berskala besar dan dikategorikan sebagai isu yang memberikan impak yang besar.

Kebolehan beliau membangkitkan sesuatu isu sehingga mampu menjatuhkan kedudukan seorang Menteri dalam isu NFC dan isu terbaru melibatkan hasil penyelidikan juga boleh membuatkan seorang lagi Menteri bakal tersungkur jika kena pada gaya dan caranya.

Namun sejak kebelakangan ini kemampuan dan kebolehan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menghidu bau penyelewengan dan skandal tampak semakin merosot malah mungkin sudah tidak berfungsi lagi. Semakin banyak perkara dan isu penyelewengan begitu mudah membolosi radar pengesan Rafizi.

Agak malang, jika pada suatu ketika Rafizi mampu bergerak jauh dengan kemampuan melakukan kerja lebih masa dalam mendapatkan bahan bukti dalam kes klasik NFC, Pengarah Strategi PKR ini telah mengecewakan para peminatnya apabila lebih banyak berdiam diri berhubung dengan penyelewengan dalam kem pembangkang.

Pemberian 'nyawa' terhadap Talam Corporation oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor gagal dimanfaatkan sebaiknya oleh Rafizi sebagai 'whistleblower'. Berkemungkinan hubungan rapat beliau dengan penasihat ekonomi RM1.00 kerajaan negeri Selangor membuatkan Rafizi terpaksa malu alah dan berdiam diri untuk seketika.

Namun kegagalan sistem radar pengesan Rafizi menghidu isu dan skandal pemberian tanah oleh Menteri Besar Kelantan kepada rakan dalam DAP semakin parah lalu menimbulkan tandatanya, kemana menghilangnya kebolehan Pengarah Strategi PKR ini dalam mengesan jejak penyelewengan kuasa, pemantauan dan penyelidikan yang pernah dilakukannya?

Itu belum lagi termasuk kes-kes penyelewengan kuasa di Pulau Pinang yang membabitkan parti DAP, salah satu sekutu terkuat PKR dalam Pakatan Rakyat. Rakyat pasti tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada kebolehan 'semulajadi' Rafizi menghidu bentuk penyelewengan dalam kem pembangkang.

Sebagai seorang yang menobatkan dirinya 'whistleblower', apakah Rafizi perlu memiliki sifat 'selective' dalam melakukan pemantauan kepada sebarang bentuk penyelewengan kuasa dan rasuah? Atau barangkali sistem pengesan radar Pengarah Strategi PKR hanya berfungsi untuk bentuk penyelewengan yang melibatkan musuh politik semata-mata?

Tatkala rakyat terpegun dengan kebolehan beliau melangkau jauh untuk melakukan kerja bagi pihak berkuasa di negara ini sehingga mampu melontarkan dan mendedahkan dokumen dan bukti salinan akaun milik individu lain, malah sanggup melanggar pagar larangan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, 1989 (BAFIA) nyata rakyat semakin hampa dengan kebobrokan Rafizi melindungi sebarang bentuk penyelewengan kuasa dan rasuah dalam kem pembangkang.

Rakyat mulai mempersoalkan ketidakmampuan Pengarah Strategi PKR ini dalam menghidu kemasukan dana dari luar yang diterima dan diakui terima oleh NGO-NGO tempatan, yang jelas mempunyai agenda dan niat yang tersembunyi.

Sekurang-kurangnya Rafizi boleh diangkat sebagai hero jika mampu mengesan kemasukan dana dari luar terhadap NGO-NGO ini namun Rafizi tidak menunjukkan keupayaan sebenar dalam isu ini dan pada ketika saat yang diperlukan.

Begitu juga dengan kerosakan fungsi sistem radar pengesan beliau yang membabitkan isu wang RM40 juta, melompat dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada anaknya dan kini kepada seorang ahli perniagaan Cina malah terus melompat kepada seorang Menteri di Sabah.

Kemana menghilangnya kebolehan luarbiasa Pengarah Strategi PKR melakukan pemantauan serta kemampuan merekodkan video pergerakan anak Menteri ini ketika wakil-wakil kerajaan tempatan DAP di Selangor mampu melakukan 'skim cepat kaya' dengan helah menghantar penguatkuasa mengugut peniaga haram malah secara tiba-tiba menjadi 'penyelamat' dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh para peniaga haram ini.

Reputasi beliau sebagai 'whistleblower' semakin menjadi tandatanya malah berkemungkinan akan dipersoalkan jika masih berterusan gagal mengesan penyelewengan kuasa dan rasuah yang membabitkan kem pembangkang. Sudah tentu Rafizi tidak mahu bergelar 'hero kampung' jika hanya mampu mengesan bentuk penyelewengan musuh politik namun dalam masa yang sama menutup mata dalam soal membabitkan kem di sebelah sana.

Bagaimana Rafizi mahu diangkat sebagai calon ahli Parlimen jika reputasi beliau yang disifatkan sebagai berat sebelah boleh dipersoalkan rakyat?

Mungkinkah sistem pengesan radar 'whistleblower' ini hanya berfungsi untuk mengesan musuh-musuh tertentu namun gagal berfungsi apabila membabitkan soal rakan taulan dan sahabat handai. Perlukah Rafizi masih mahu menobatkan dirinya sebagai whistleblower' namun dalam masa yang sama terlalu banyak sampah sarap hanyir dibawah karpet disebelah sana.

Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®